Imtihan Dah Habis!!
Rasenye ni first post yang ana tulis sendiri.andai ada salah silap,maaf ye..
Huh,Alhamdulillah..lega rasanya bila imtihan(exam) dah habis.Risau,bimbang,takut,cuak semuanya dah hilang,tapi satu je lagi..risau pulak natijah(result) macam mane.Maklum je la,inilah kali pertama jawab imtihan di Universiti Al-Azhar.Apa pun,imtihan di Al-Azhar sangat menarik dan unik..kat sini je dapat,tempat lain susah la nak cari..
12 madah(subjek) untuk kami pelajar kuliah Syariah Islamiah tahun 1 sessi ‘07&’08 nak kena fokuskan,dalam masa 2 fasa(sem)..5 madah untuk fasa 1 dan 7 madah untuk fasa2..
Madah fasa 1 :
- Tafsir ayat ahkam
- Ulum hadis
- Bahasa arab,nahu dan saraf
- Tarikh tasyri’
- English
Madah fasa 2 :
- Al-quran
- Fiqh muqarran
- Fiqh Qadhaya mu’asarah
- Fiqh Syafie
- Usul Fiqh
- Tauhid
- Qa’ah bahas
Alhamdulillah,semua madah dapat dilalui dengan lancar di koridor bangunan Kuliah Syariah Wal Qanun,walaupun mendapat sedikit gangguan daripada makhluk yang halus2…
berbekalkan nota2 yang sempat difotostat dari rakan2,dan juga soalan2 terkumpul tahun2 lepas yang dibukukan oleh “Ittihad tullabi” persatuan pelajar yang terkenal dengan pelajar2 yang ikut tarbiyah Ikhwanul muslimin(IM)..
dan juga study group yg berjaya dibuat beberapa kali sebelum imtihan bermula..
memang separuh mati kami pulun kitab2 lecturer…ade yang tak tidur sampai subuh..tapi biasenye pukul 11 keatas,mesti ade break sekejeap untuk beri laluan pada perut telan INDO MEE..mee segera terhangat dikalangan pelajar Azhar,indonesia mari…
Syukur,imtihan selamat ditempuhi..tapi,selepas ni kami akan menghadapi satu tempoh nikmat yang panjang,sebab kuliah akan ditutup hingga hujung tahun ni.maknanye,CUTI panjang lebih kurang 5 bulan..aduh,cuti sepanjang ni hanya kat mesir je ade..tempoh cuti inilah penentu segalanya..nak balas dendam tidur,tengok movie puas2,jalan2 habiskan duit atau talaqqi,sambung kelas bahasa,pergi kelas pengajian…terpulang…
TAPI,haa..ada satu poster menarik yang dibuat khas untuk mereka2 yang nak cuti oleh ikhwah2 IM..sangat2 menarik..
‘Ala kulli hal,bittaufiq wan najah untuk semua Ikhawah2 yang baru selesai imtihan.Moga ilmu yg kita dapat semasa di kuliah atau dari kitab dapat kita amalkan dan praktikkan untuk kemaslahatan ummah..
“Siapa yang berusaha mencari ilmu,InyaAllah dimudahkan jalannya ke Syurga”






Jun 21, 2008 pada 11:56 am
salam bro…waa…bestnyer imtihan dh beress…alfun mabruk. kami disini still struggle. tad’u li ok..
Julai 12, 2008 pada 1:10 pm
Wsalam..
Alhamdulillah la kami da habis..
All da best la utk anta dan sahabat2 di ukraine..
September 13, 2008 pada 6:23 am
salam,seronok tak belajar kat mesir..
madah macam susah je dengar..
September 18, 2008 pada 8:48 pm
Wsalam..
Alhamdulillah memang seronok belajar kat sini =)
hurm,kalau betul cara study,InsyaAllah tak susah.
yg penting rerajin belajar..
Oktober 16, 2008 pada 2:24 pm
bertuah dapat belajar kat bumi ambia..ok, semoga najah wa imtiaz..
Oktober 17, 2008 pada 5:51 am
asif, saye lihat madah sumenye dlm b.arab ..ehm..mesti kne terror b.arab. erm, ble x nta siarkn tips cmne cara stdy kt sne?(klu bleh) insyaallah.. mane tahu dapat dipraktikkan;)
Oktober 20, 2008 pada 1:18 pm
slma’laikum,
kaifa hal? ana nak std kat sane gak hehe
November 7, 2008 pada 6:05 pm
to nisa : basic bahasa arab mmg nak kene kukuh kalau nak belajar kat sini.hmm..tips ana mudah je,ikhlaskan niat, n study sesungguh..
to hafizul : waalaikumussalam..Alhamdulillah sehat2..yela min,ntah bile la nak datang sini..huhu