Arkib untuk Ogos, 2008

Harapan Baru Untuk Malaysia

Posted in semasa on Ogos 27, 2008 by Munawwar

 

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Ulasan Kemenangan DSAI di Permatang Pauh,dari website Ikhwanul Muslimin http://ikhwanonline.com

.فوز زعيم المعارضة الماليزية أنور إبراهيم في الانتخابات البرلمانية

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

أعلنت اللجنة الانتخابية في ماليزيا فوز نائب رئيس الوزراء السابق أنور إبراهيم في الانتخابات البرلمانية الفرعية بولاية بينانج 
وقالت اللجنة: إن إبراهيم حصل على أكثر من 31 ألف صوت متفوقًا على منافسه مرشح الائتلاف الحاكم عريف شاه عمر، بنحو 15600 صوت.
 
وكان حزب العدل الشعبي المعارض قد أعلن أن زعيمه قد حقق فوزًا كاسحًا في تلك الانتخابات.
 
ويمثل فوز أنور إبراهيم في هذه الانتخابات، عودته إلى البرلمان بعد عشرة أعوام من الغياب، وهو ما يساعده الوصول إلى منصب رئيس الوزراء مرةً أخرى، وشهدت الانتخابات اليوم مشاركة عدد كبير من الناخبين، وشوهد انتشار مكثف لقوات الشرطة حول مراكز الاقتراع.
 
يُذكر أن المعارضة حصلت على مكاسب غير مسبوقة خلال الانتخابات العامة التي جرت في مارس 2008م.

Ucap tama DSAI selepas memenangi kerusi P44 Permatang Pauh,dipetik dari Harakah Daily http://harakahdaily.net

“Ia adalah kemengan rakyat!!

 Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

 Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini.

Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia. “

ANWAR IBRAHIM

 

“Sama2 kita doakan kesejahteraan buat tanah air tercinta Malaysia”

   

 
  

 

 
  

Ramadhan Kareem~

Posted in Uncategorized on Ogos 24, 2008 by Munawwar

 

“The month of Ramadan in which was revealed the Quran, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong). So whoever of you sights (the crescent on the first night of) the month (of Ramadan), he must fast that month, and whoever is ill or on a journey, the same number (of days which one did not fast must be made up) from other days.

Allah intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you. (He wants that you) must complete the same number (of days), and that you must magnify Allah for having guided you so that you may be grateful to Him” (2: 185).

Apa persiapan kita menyambut tetamu agung ini?

Apakah kita bersedia?

+”Allahumma Ballighna Ramadhan”+

Warung Laziz Awi

Posted in Mesir on Ogos 24, 2008 by Munawwar

Assalamualaikum wbt…

Entri kali ini saya ingin membuat satu promosi.

“Warung Laziz Awi” kini dibuka dan mula beroperasi.(dah 2 minggu pun)

Selamat maju jaya saya ucapkan kpd Ikhwah2 yg sekian lama bersusah payah merancang untuk membuka mat’am(kedai makan) ni yg bertempat di Gamie’,hayyu ‘asyir.Alhamdulillah,apa yg disembang2kan selama ni,sudah menjadi realiti.

Moga Laziz Awi terus suksess=)

Kepada semua warga Mesir,jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu2 menarik di warung ini.juga kepada sesiapa sahaja yg berkunjung ke Mesir,jangan malu2.naik bas atau tremco,berhenti kat Gamie’,hayyu ‘asyir,dan terus ke warung yg tidak jauh dari jalan besar ni.kalau tak jumpa,bole la tanye manusia2 arab di sekitar anda.kalau jumpe pelajar malaysia atau indonesia,confirm diorang mesti tau(yeke?)

Ya.inilah dia muka depan mat’am Laziz Awi.

dibuka setiap hari,

sessi pagi :

+Jam 7 pagi hingga 12 tengahari

+Menu : Nasi Lemak Special dan beraneka jenis minuman

sessi petang & malam :

+Jam 5 petang hingga 12 malam

+Menu : Nasi Ayam Madu Special dan beraneka jenis minuman

tapi,hari Sabtu takde sessi pagi,hanya sessi petang & malam sahaja

Ust Mad Rusydi,Cashier Laziz Awi yg berjaya.kalau jumpe Ust Mad Rusydi ni,confirm anda tidak tersalah kedai.

Muka2 pelanggan setia Laziz Awi yg sentiasa berpuas hati dengan layanan yg diterima.(kelihatan disitu,nasi ayam madu yg begitu menyelerakan).Anda juga boleh membeli surat khabar di kedai sebelah dan baca di warung ini.ehe=)

Kepada sesiapa yg berkesempatan,berkunjunglah ke warung ini.InsyaAllah puas hati.

Wallahua’lam

-Laziz Awi ni maksud die ape?

-Maksud die sedap gile..

-yeke? x pecaye la..

-betul la,takkan ana nak tipu anta

-takkan maksud die sedap gile kot.

-ok2,ana tuka sket.maksud die sedap sangat.

-ooooo..sedap sangat..baru ana tau

-dalam hati(adui.same je la sedap gile dgn sedap sangat)

Usbuk Ijtimai’e : Minggu Persahabatan~

Posted in Diari, ISMA Mesir, Mesir on Ogos 21, 2008 by Munawwar

Usbuk Ijtimai’e (minggu persahabatan) ‘08,program tahunan anjuran sekretariat ISMA-Mesir,sudah lama saya dan sahabat2 menanti.Alhamdulillah,Allah beri kesempatan lagi untuk kami berjalan2 melihat keindahan bumi Mesir bersama ikhwah2 seperjuangan..Jalan-jalan bina ukhuwwah=)

Perjalan yg dirancang untuk kami kali ini,dari Kaherah[Cairo] terus ke Iskandariah[Alexandria],kemudian singgah di Tanta,akhir sekali berkunjung ke Mansurah.

Kaherah menuju Iskandariah.

6.00 pagi 12 Ogos,setelah selesai solat subuh berjemaah,kami mula bergerak menuju ke “mahattah qithar Ramses”(stesyen keretapi Ramses) mengikut lokaliti masing2.selepas setengah jam,keretapi yg kami naiki terus meluncur laju menuju ke Iskandariah.

Masa yg diambil sekitar 4 jam utk sampai.tiba di “Mahattah Sidi Gabir”,Iskandariah,kami turun secara beramai2 untuk bertukar ke satu lagi keretapi.keretapi yg bewarna kuning ini terus membawa kami ke satu lagi stesyen yg terletak betul2 di depan pintu masuk Montaza Garden.

Terpaku saya seketika melihat kehijauan dan warna-warni kuntum2 bunga kat taman ni.apa yg saya pernah dengar mengenai taman ini sebelum ke sini dari ikhwah yg pernah tinggal di Alex,dan sahabat2 yg sudah beberapa kali ke sini,taman ini sangat luas dan menempatkan “Istana Raja Faruq”,raja yg memerintahkan agar tokoh dakwah yg agung,Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dibunuh.

Sayup2 di celahan pokok2,saya sudah boleh melihat Istana yg pernah diceritakan.waah,memang bosa.sangat2 besar dan tersergam indah dengan reka bentuk yg agak unik.kami diajak berkumpul di sebuah lapangan hijau betul2 di hadapan Istana Raja Faruq nih.

Setelah berkumpul dgn agak santai,kami menerima sedikit sebanyak kata2 aluan dari ikhwah Alex,Akhi Basyir,menyambut ketibaan kami dengan hati yg riang.kemudian,beliau berduet dengan Akhi Suhail(baru je jadi warga Alex..hehe) untuk meng”conduct” beberapa “games ukhuwwah” untuk kami yg baru sampai dari Cairo dengan “excited”nya.

Sambil disapa angin sepoi2 bahasa dari pantai Montaza yg juga berada berhampiran dengan kami,kami meneruskan lagi beberapa “games ukhuwwah” selepas selesai men”silent”kan perut yg sepanjang perjalanan menyanyi2 minta diisi dengan hidangan “lunch” yg sgt menyelerakan,dibawa khas dari Cairo menaiki Hyundai Matrix..hehe

Sebelum masuk waktu ‘Asar,kami berkesempatan berjalan2 sekitar taman dan pantai Montaza,sebelum meneruskan perjalanan ke muhafazah Tanta.

Iskandariah menuju Tanta

Dari Montaza,kami bertukar-tukar tremco(spesis kenderaan awam) untuk ke stesyen yg menempatkan kereta2 awam Peugeuot yg akan membawa kami ke Tanta.keadaan di stesyen ini yg agak sesak kerana masih dalam proses baik pulih membuatkan perjalanan kami ke Tanta yg sepatutnya lebih awal menjadi lewat.

Seperti yg dirancangkan,kami sepatutnya solat Maghrib bersama2 di Tanta.tapi,Allah yg menentukan segalanya,ketika azan Maghrib berkumandang,kami masih belum keluar dari Iskandariah.

Hari mulai gelap.Perjalanan dari Iskandariah ke Tanta mengambil masa sekitar 2 jam dan kami selamat sampai di Tanta jam 10 lebih.Alfu Syukran kepada ikhwah2 Tanta yg sanggup menunggu kami dari Alex yg kelewatan dengan penuh kesabaran walaupun ade yg dah mengantuk.

Sebelum acara diteruskan dengan makan malam,Akhi Tarmizi,mewakili ikhwah2 Tanta(termasuk saya..hehe) mengalu2kan ketibaan ikhwah2 yg majoritinya adalah Ikhwah Cairo.Sebelum dibahagi2kan rumah untuk tidur,Akhi Syamil ditaklifkan utk menyampaikan seditkit santapan rohani untuk memberi suntikan baru kepada ruh2 ukhuwwah yg telah terbina selama ini.

Kami diminta untuk tidur awal.sebabnya esok pagi2 lagi kami akan meneruskan perjalan program ke Mansurah.tapi,masih ada beberapa ikhwah yg bersemangat kental memujuk kami warga2 Tanta dengan penuh diplomatik untuk membawa mereka menangkap udang..hehe..untuk meraikan,kami bersiap2 untuk melakukan aktiviti yg agak kampung ini.dengan syarat,esok bangun awal untuk ke Mansurah.di tanggung beres..pukul 2 pagi baru kami pulang semula dengan hasil tangkapan yg agak lumayan..Mantap Ikhwah Cairo pandai tangkap udang.

Tanta menuju Mansurah

Jam 7 pagi,kelihatan beberapa ikhwah dari rumah2 yg berasingan mula menampakkan muka di “Mahattah Murasyahah” untuk menaiki kereta awam Peugeuot ke Mansurah.Perjalanan kali ini akan mengambil masa sekitar 1 jam.ade yg mengambil kesempatan untuk mengqada’ waktu tidur yg telah dikorbankan untuk menangkap udang malam tadi=)

Hampir jam 9 pagi,kami terus melangkah masuk ke Universiti Mansurah.seperti yg diberitahu,kami akan bermain bola disini.dari jauh lagi sudah nampak bayang2 ikhwah Mansurah di tepi padang universiti menyambut ketibaan kami dengan beribu2 senyuman.

Akhi Ibrahim,wakil ikhwah Medicine Mansurah menyambut ketibaan kami dengan sedikit kata2 aluan.acara men”streching”kan diri diteruskan sebelum kami dibahagikan kepada 4 kumpulan secara saksama.Alhamdulillah perlawanan2 bola sepak berjalan dengan lancar seperti yg dirancangkan hingga jam 1 tengahari.

Program diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan ta’aruf secara ringkas.ade juga ikhwah yg mengambil kesempatan untuk membuat beberapa pengumuman penting,antaranya Ust Abdullah Hussien yg mengumumkan bahawa beliau akan melangsungkan perkahwinannya di Malaysia selepas Aidilfitri..Mabruk Ust Lah=) disusuli Ust Mad Rusydi mengumumkan warung Laziz Awi akan dibuka di Gami’e,Hayyu ‘Asyir.100 pelanggan pertama akan dapat menjamu selera secara percuma..Hari2 lain x de yg percuma ke Ust Mad?takkan hari pertama je.. hehe..

Selesai aktiviti di Mansurah,maka berakhirlah sudah Usbuk Ijtimai’e kali ini.pengalaman bermusafir bersama Ikhwah2 disini,satu pengalaman yg sangat2 mahal.gelak ketawa,gurau senda,sembang2 tarbawi,kata2 semangat untuk mengeratkan lagi sillaturrahim ini,moga2 tinggi nilaiannya di sisi Allah SWT..Moga perjalanan dan pertemuan kita kali ini mendapat Rahmat dan lindungan dari Allah SWT,dan juga mampu memberatkan mizan di sana.

Friends,

How colourful we are,

From different families,

From different roots,

We are more than friends,

We’re BROTHERS,

We’re A FAMILY,

A single BROTHERHOOD..

+Wallahua’lam+

Tahniah buat Semua

Posted in Diari, Mesir on Ogos 10, 2008 by Munawwar

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,Setelah sekian lama menanti dengan beberapa kali khabar angin bertiup sepoi2 bahasa,finally,result pun ditampal di tingkap2,dinding2,pintu2 di beberapa cawangan Universiti Al-Azhar.walaupun masih ade lagi yg belum keluar,sabarlah ye..InsyaAllah keluar la tuh.

natijah baru ditampal di pintu bangunan fakulti Syariah Islamiah,Universiti Al-Azhar,Tanta

Mabruk dan tahniah saya ucapkan kepada semua ikhwah mahupun akhawat yg berjaya melangkah ke tahun seterusnya,moga2 kejayaan ini merupakan satu platform kepada kita untuk lebih bersemangat dalam meneruskan tarbiyyah,amal2 dakwah,dan lebih fokus untuk mendalami fikrah di bumi anbiya’ ini.

Kepada yg kurang berjaya,jangan putus asa.perjuangan belum terhenti lagi.banyak lagi peluang2 yg boleh direbut.mungkin satu muhasabah dari tuhan untuk kita.bak kata Thaaqhib KITA SEMUA KEREN!!!,keren itu hebat(hehe,sori qib..pinjam ayat sket)

Harap kita semua dapat tajdid semula niat masing2,mungkin result yg baru keluar sedikit sebanyak telah mengubah niat kita di bumi Mesir ini,mahupun di negara2 timur tengah yg lain.moga niat kita berada di bumi2 anbiya’ yg penuh barakah ini tak lain dan tak bukan hanya untuk mencari RedhaNya~

antara keputusan pelajar tahun satu Al-Azhar Tanta

antara keputusan pelajar tahun satu Al-Azhar Tanta

Terngiang2 kata2 seorang ikhwah kpd saya semasa saya mula2 sampai di mesir,”Enta datang Mesir ni niat mesti betul,belajar lillahita’ala,berapa tahun kat sini tu,redha je..semua Allah yg tentukan,yg penting bila balik Malaysia nanti kita ada ilmu yg berkualiti dan bemanfaat untuk ummah”

Saya doakan agar semua yg berada di jalan tarbiyyah ini terus thabat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang dai’e.

Tahniah buat semua=) ..tak kire dirasat ataupun medicine..

Bittaufiq wan najah untuk tahun2 seterusnya..Robbuna yunnajah,Robbuna yusahhil..

[yang dah najah tu,buat la haflah sikit,firakh masywi ke,kabab ke..takkan fino cicah kuah kacang lagi kot..hehe=)]