Arkib untuk Ogos 10, 2008

Tahniah buat Semua

Posted in Diari, Mesir on Ogos 10, 2008 by Munawwar

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,Setelah sekian lama menanti dengan beberapa kali khabar angin bertiup sepoi2 bahasa,finally,result pun ditampal di tingkap2,dinding2,pintu2 di beberapa cawangan Universiti Al-Azhar.walaupun masih ade lagi yg belum keluar,sabarlah ye..InsyaAllah keluar la tuh.

natijah baru ditampal di pintu bangunan fakulti Syariah Islamiah,Universiti Al-Azhar,Tanta

Mabruk dan tahniah saya ucapkan kepada semua ikhwah mahupun akhawat yg berjaya melangkah ke tahun seterusnya,moga2 kejayaan ini merupakan satu platform kepada kita untuk lebih bersemangat dalam meneruskan tarbiyyah,amal2 dakwah,dan lebih fokus untuk mendalami fikrah di bumi anbiya’ ini.

Kepada yg kurang berjaya,jangan putus asa.perjuangan belum terhenti lagi.banyak lagi peluang2 yg boleh direbut.mungkin satu muhasabah dari tuhan untuk kita.bak kata Thaaqhib KITA SEMUA KEREN!!!,keren itu hebat(hehe,sori qib..pinjam ayat sket)

Harap kita semua dapat tajdid semula niat masing2,mungkin result yg baru keluar sedikit sebanyak telah mengubah niat kita di bumi Mesir ini,mahupun di negara2 timur tengah yg lain.moga niat kita berada di bumi2 anbiya’ yg penuh barakah ini tak lain dan tak bukan hanya untuk mencari RedhaNya~

antara keputusan pelajar tahun satu Al-Azhar Tanta

antara keputusan pelajar tahun satu Al-Azhar Tanta

Terngiang2 kata2 seorang ikhwah kpd saya semasa saya mula2 sampai di mesir,”Enta datang Mesir ni niat mesti betul,belajar lillahita’ala,berapa tahun kat sini tu,redha je..semua Allah yg tentukan,yg penting bila balik Malaysia nanti kita ada ilmu yg berkualiti dan bemanfaat untuk ummah”

Saya doakan agar semua yg berada di jalan tarbiyyah ini terus thabat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang dai’e.

Tahniah buat semua=) ..tak kire dirasat ataupun medicine..

Bittaufiq wan najah untuk tahun2 seterusnya..Robbuna yunnajah,Robbuna yusahhil..

[yang dah najah tu,buat la haflah sikit,firakh masywi ke,kabab ke..takkan fino cicah kuah kacang lagi kot..hehe=)]