Usbuk Ijtimai’e : Minggu Persahabatan~

Usbuk Ijtimai’e (minggu persahabatan) ‘08,program tahunan anjuran sekretariat ISMA-Mesir,sudah lama saya dan sahabat2 menanti.Alhamdulillah,Allah beri kesempatan lagi untuk kami berjalan2 melihat keindahan bumi Mesir bersama ikhwah2 seperjuangan..Jalan-jalan bina ukhuwwah=)

Perjalan yg dirancang untuk kami kali ini,dari Kaherah[Cairo] terus ke Iskandariah[Alexandria],kemudian singgah di Tanta,akhir sekali berkunjung ke Mansurah.

Kaherah menuju Iskandariah.

6.00 pagi 12 Ogos,setelah selesai solat subuh berjemaah,kami mula bergerak menuju ke “mahattah qithar Ramses”(stesyen keretapi Ramses) mengikut lokaliti masing2.selepas setengah jam,keretapi yg kami naiki terus meluncur laju menuju ke Iskandariah.

Masa yg diambil sekitar 4 jam utk sampai.tiba di “Mahattah Sidi Gabir”,Iskandariah,kami turun secara beramai2 untuk bertukar ke satu lagi keretapi.keretapi yg bewarna kuning ini terus membawa kami ke satu lagi stesyen yg terletak betul2 di depan pintu masuk Montaza Garden.

Terpaku saya seketika melihat kehijauan dan warna-warni kuntum2 bunga kat taman ni.apa yg saya pernah dengar mengenai taman ini sebelum ke sini dari ikhwah yg pernah tinggal di Alex,dan sahabat2 yg sudah beberapa kali ke sini,taman ini sangat luas dan menempatkan “Istana Raja Faruq”,raja yg memerintahkan agar tokoh dakwah yg agung,Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dibunuh.

Sayup2 di celahan pokok2,saya sudah boleh melihat Istana yg pernah diceritakan.waah,memang bosa.sangat2 besar dan tersergam indah dengan reka bentuk yg agak unik.kami diajak berkumpul di sebuah lapangan hijau betul2 di hadapan Istana Raja Faruq nih.

Setelah berkumpul dgn agak santai,kami menerima sedikit sebanyak kata2 aluan dari ikhwah Alex,Akhi Basyir,menyambut ketibaan kami dengan hati yg riang.kemudian,beliau berduet dengan Akhi Suhail(baru je jadi warga Alex..hehe) untuk meng”conduct” beberapa “games ukhuwwah” untuk kami yg baru sampai dari Cairo dengan “excited”nya.

Sambil disapa angin sepoi2 bahasa dari pantai Montaza yg juga berada berhampiran dengan kami,kami meneruskan lagi beberapa “games ukhuwwah” selepas selesai men”silent”kan perut yg sepanjang perjalanan menyanyi2 minta diisi dengan hidangan “lunch” yg sgt menyelerakan,dibawa khas dari Cairo menaiki Hyundai Matrix..hehe

Sebelum masuk waktu ‘Asar,kami berkesempatan berjalan2 sekitar taman dan pantai Montaza,sebelum meneruskan perjalanan ke muhafazah Tanta.

Iskandariah menuju Tanta

Dari Montaza,kami bertukar-tukar tremco(spesis kenderaan awam) untuk ke stesyen yg menempatkan kereta2 awam Peugeuot yg akan membawa kami ke Tanta.keadaan di stesyen ini yg agak sesak kerana masih dalam proses baik pulih membuatkan perjalanan kami ke Tanta yg sepatutnya lebih awal menjadi lewat.

Seperti yg dirancangkan,kami sepatutnya solat Maghrib bersama2 di Tanta.tapi,Allah yg menentukan segalanya,ketika azan Maghrib berkumandang,kami masih belum keluar dari Iskandariah.

Hari mulai gelap.Perjalanan dari Iskandariah ke Tanta mengambil masa sekitar 2 jam dan kami selamat sampai di Tanta jam 10 lebih.Alfu Syukran kepada ikhwah2 Tanta yg sanggup menunggu kami dari Alex yg kelewatan dengan penuh kesabaran walaupun ade yg dah mengantuk.

Sebelum acara diteruskan dengan makan malam,Akhi Tarmizi,mewakili ikhwah2 Tanta(termasuk saya..hehe) mengalu2kan ketibaan ikhwah2 yg majoritinya adalah Ikhwah Cairo.Sebelum dibahagi2kan rumah untuk tidur,Akhi Syamil ditaklifkan utk menyampaikan seditkit santapan rohani untuk memberi suntikan baru kepada ruh2 ukhuwwah yg telah terbina selama ini.

Kami diminta untuk tidur awal.sebabnya esok pagi2 lagi kami akan meneruskan perjalan program ke Mansurah.tapi,masih ada beberapa ikhwah yg bersemangat kental memujuk kami warga2 Tanta dengan penuh diplomatik untuk membawa mereka menangkap udang..hehe..untuk meraikan,kami bersiap2 untuk melakukan aktiviti yg agak kampung ini.dengan syarat,esok bangun awal untuk ke Mansurah.di tanggung beres..pukul 2 pagi baru kami pulang semula dengan hasil tangkapan yg agak lumayan..Mantap Ikhwah Cairo pandai tangkap udang.

Tanta menuju Mansurah

Jam 7 pagi,kelihatan beberapa ikhwah dari rumah2 yg berasingan mula menampakkan muka di “Mahattah Murasyahah” untuk menaiki kereta awam Peugeuot ke Mansurah.Perjalanan kali ini akan mengambil masa sekitar 1 jam.ade yg mengambil kesempatan untuk mengqada’ waktu tidur yg telah dikorbankan untuk menangkap udang malam tadi=)

Hampir jam 9 pagi,kami terus melangkah masuk ke Universiti Mansurah.seperti yg diberitahu,kami akan bermain bola disini.dari jauh lagi sudah nampak bayang2 ikhwah Mansurah di tepi padang universiti menyambut ketibaan kami dengan beribu2 senyuman.

Akhi Ibrahim,wakil ikhwah Medicine Mansurah menyambut ketibaan kami dengan sedikit kata2 aluan.acara men”streching”kan diri diteruskan sebelum kami dibahagikan kepada 4 kumpulan secara saksama.Alhamdulillah perlawanan2 bola sepak berjalan dengan lancar seperti yg dirancangkan hingga jam 1 tengahari.

Program diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan ta’aruf secara ringkas.ade juga ikhwah yg mengambil kesempatan untuk membuat beberapa pengumuman penting,antaranya Ust Abdullah Hussien yg mengumumkan bahawa beliau akan melangsungkan perkahwinannya di Malaysia selepas Aidilfitri..Mabruk Ust Lah=) disusuli Ust Mad Rusydi mengumumkan warung Laziz Awi akan dibuka di Gami’e,Hayyu ‘Asyir.100 pelanggan pertama akan dapat menjamu selera secara percuma..Hari2 lain x de yg percuma ke Ust Mad?takkan hari pertama je.. hehe..

Selesai aktiviti di Mansurah,maka berakhirlah sudah Usbuk Ijtimai’e kali ini.pengalaman bermusafir bersama Ikhwah2 disini,satu pengalaman yg sangat2 mahal.gelak ketawa,gurau senda,sembang2 tarbawi,kata2 semangat untuk mengeratkan lagi sillaturrahim ini,moga2 tinggi nilaiannya di sisi Allah SWT..Moga perjalanan dan pertemuan kita kali ini mendapat Rahmat dan lindungan dari Allah SWT,dan juga mampu memberatkan mizan di sana.

Friends,

How colourful we are,

From different families,

From different roots,

We are more than friends,

We’re BROTHERS,

We’re A FAMILY,

A single BROTHERHOOD..

+Wallahua’lam+

Tinggalkan jawapan