Arkib untuk Oktober, 2008

SAFI 1429H['08]~

Posted in ISMA Mesir, Mesir on Oktober 19, 2008 by Munawwar

9 Oktober 2008/9 Syawal 1429H

Majlis Sambutan Aidilfitri ISMA-Mesir (SAFI) dan pelancaran penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir(ISMA-Mesir) secara rasmi,Alhamdulillah…selamat disempurnakan dengan penuh gilang gemilang oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Kadir,Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir,pada minggu lepas(secara tepatnya,10 hari yg lepas,sori lambat update)..

Kali ini,Dewan Asrama Kedah yg baru di Hayyu Sabi’,Madinah Nasr,Kaherah menjadi pilihan reramai untuk menjayakan majlis sambutan Aidilfitri yg sebelum2 ini hanya dibuat di Hayyu ‘Asyir.

Rasanya,tak perlulah untuk saya menaip panjang2..gambar2 dibawah akan meggambarkan kemeriahan suasana SAFI 1429H..

* * * * * * * * * *

Asrama Kedah Baru di Hayyu Sabi’ waktu malam.sapelah yg snap gambar ni..senget~ (gambar ini diambil ketika survey dewan,beberape hari sebelum majlis) 

Pentas utama SAFI 1429H.Chantek2=)

Ucap Tama TYT Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Kadir,Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.Beliau merasmikan SAFI 1429H,seterusnya melancarkan penubuhan ISMA-Mesir secara rasmi~ Turut kelihatan di kerusi utama,Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat,Pengerusi ISMA-Mesir,dan Ustaz Zainuddin bin Abdul Rahman,Pegawai Atase Pendidikan MSD Cairo.

Antara hadirin yg menjayakan majlis.kelihatan disitu,Ustaz Sobri dan Ustaz Mus’ab,AJKT ISMA-Mesir,juga Akhi Mohd Khousaini bin Mohd Naim,wakil ISMA-Pusat(berbaju melayu merah).

Tayangan multimedia,sekitar aktiviti2 ISMA-Mesir bg tahun 2007 dan 2008.(gambar di skrin,ekspidisi menawan puncak sinai 2008 pd awal Februari yg lepas)

Persembahan nasyid gabungan Ikhwah baru dan lama.memang mantap!!best2~

Dr Irfan Salmi,DJ SAFI 1429H..

Pakar2 percussion kita.Akh Syurahbil dan Akh Jalal..tersenyum depan makanan..sila2 makan,jangan segan silu~

Sahabat2 Negeri Sembilan & KL yg riang gembira.Syukran sume!!

Meja makan VIP..kelihatan di situ Akh Shuhaib,Pengerusi ISMA-Mesir,..Akh Khousaini,Wakil ISMA-Pusat,..Sdr Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin,Presiden Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN),..Ustaz Zainuddin,Pegawai Atase Pendidikan MSD Cairo,..Encik Zakaria bin Othman, Pegawai Kebajikan Rumah Negeri Kedah..

Juga kelihatan Ust Sobri,Naib Pengerusi ISMA-Mesir,..Ust Shahid bin Shafruddin,Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia-Mesir (ABIM-Mesir),..Ust Mus’ab,AJKT ISMA-Mesir,Ust Salman Al-Farisi,Setiausaha ISMA-Mesir,..dan beberapa VIP yg lain.

Antara pelajar2 medic yg hadir,sambil makan sambil dengar celoteh Dr Mukmin berbaju ungu.hehe..

Berganding bersame Ali di unit hidangan..

Gandingan adik-beradik yg senyum tak habis2,juga di unit hidangan.Ust Umair & Anas,sorang tinggi,sorang lagi tinggi sikit..hehe,jgn marah ye..

kepenatan?~takpe,faham..

Rapat2=) Antara tenaga kerja yg menjayakan SAFI 1429H dari awal hingga ke akhirnya.. Mabruk~Taqabbalallah Minna wa Minkum!!

Alhamdulillah~ Muka2 lega bile SAFI 1429H dah habis dengan jayanya..jumpe lagi di hari raya yg akan datang~~ Ilal Liqo’

(Majlis telah berjalan dengan lancar.bermula sekitar jam 1 Tengahari,dan berakhir sekitar jam 5.30 petang)

* * * * * * * * * *

Sedikit berita mengenai SAFI 1429H yg dipetik dari Laman Rasmi ISMA-Mesir http://ismamesir.wordpress.com

 

11 Oktober, Kaherah -Tuan Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir kelmarin telah melancarkan secara rasmi penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir). Pelancaran yang dilakukan serentak dengan perasmian Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H atau singkatannya SAFI 1429 ini telah disempurnakan pada tanggal 9 Syawal 1429H bersamaan 9 Oktober 2008, bertempat di Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabi’, Madinah Nasr, Kaherah.

 

Klip petikan ucapan perasmian oleh TYT Dato’ Zainal Abidin

Dalam ucapan perasmiannya, TYT Dato’ merakamkan ucapan terima kasihnya kepada pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat kerana telah mewujudkan cawangannya di Kaherah. Beliau menyambut baik penubuhan persatuan-persatuan baru seperti ISMA-Mesir bagi  menampung bilangan mahasiswa Malaysia di Mesir yang semakin bertambah.

Di samping itu, TYT Dato’ turut menyatakan rasa gembiranya kerana ISMA-Mesir meletakkan kepentingan ilmu sebagai salah satu daripada agenda penting dalam visi dan misi penubuhannya dan harapan beliau agar ISMA-Mesir dapat menjadi sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam membentuk budaya ilmu dan budaya berfikir di kalangan masyarakat mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.

Dalam ucapannya juga, beliau menasihati para hadirin yang majoritinya dari kalangan mahasiswa agar menekankan aspek pengurusan yang merupakan elemen penting dalam mencapai apa jua kejayaan.

Bertemakan “Dengan Taqwa, Lebaran Lebih Bermakna”, SAFI 1429 telah berjaya menghimpunkan masyarakat mahasiswa dari pelbagai negeri dan jurusan pengajian. Seramai hampir 500 pengunjung hadir memeriahkan SAFI pada tahun ini.

Tetamu kehormat lain yang turut hadir termasuklah Ustaz Zainuddin bin Abdul Rahman mewakili Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Encik Zakaria bin Othman, Pegawai Kebajikan Rumah Negeri Kedah, Encik Mohd Khousaini bin Mohd Naim; wakil ISMA-Pusat, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia-Mesir (ABIM-Mesir); Ustaz Shahid bin Shafruddin, Presiden Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN), Sdr Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin serta beberapa orang wakil Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

 

Dua Tiga kucing berlari,

Ada rezeki jumpa lagi,

=)

+Wallahua’lam+

 

 

Salam Aidilfitri : Maaf Zahir Batin~

Posted in Diari, Mesir on Oktober 6, 2008 by Munawwar

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri 1429H dari perlembahan Nil,Maaf Zahir dan Batin buat semua yg mengenali diri ini.

Terutama keluarga tercinta di Skudai,Johor dan di Mesir sini,sahabat2 G7 SMIH yg berada di tanah air dan yg sudah fly ke negara orang,warga SMIH Johor dan SMAH Ipoh,famili KRJ,sahabat2 seperjuangan di bumi Mesir ini,juga semua yg pernah berprogram dan berkursus bersama,dan sesiapa yg mengenali diri ini.

Moga2 kita semua tergolong bersama2 “Al-Faizin” di bulan Ramadhan yg baru saja pergi meninggalkan kita.

* * * * * * * * * * 

Syawal 1429H Di Bumi Mesir

Sungguh Meriah Aidilfitri kali ni.

Pagi 1 Syawal yg lepas2,semua asing2.kami Ikhwah Akhawat ISMA-Mesir solat raya di Masjid Salam Hayyu ‘Asyir,..JPMK bersama embassy dan pelajar2 medic di Dewan Malaysia Abasiah Kaherah(DMAK/ARMA),.. dan PMRAM berkumpul di Masjid Musa Hayyu Sabi’.semua di tempat masing2.

1 Syawal 1429H di Mesir sungguh istimewa.

Kali ni,semua pelajar berkumpul di Kompleks Pelajar Malaysia Hayyu ‘Asyir,Madinah Nasr.ISMA-Mesir,PMRAM,JPMK,Embassy,Pelajar Medic,Rumah2 Negeri,organisasi2 mahasiswa Mesir yg lain,semuanya berkumpul setempat.semuanya disini.beribu2 mahasiswa/wi ramainya.

Alhamdulillah,titik2 penyatuan mula mekar disini.gembira tak terkata.Mudah2an Allah permudahkan semuanya.

* * * * * * * * * * *

So,nak kongsi pengalaman beraya di Mesir sini.boleh la tengok gambar2 ye.

Sarapan sebelum solat raya.nasi impit plastik dgn rendang buat sendiri.bole la tahan sedapnyer.

bergambar depan rumah sebelum solat raye

Salman Abdul Rahman dan Munawwar Abdul Rahman.Salam Aidilfitri 1429H=)

Jom bergerak ke kompleks

ramainye

Antara hadirin dan hadirat yg memenuhi kompleks

Khutbah dari Pengarah JPMK,Prof Madya Dr Jamil

Ucapan dari Datuk Duta

Ust Farhan berbaju Merah(yeke merah?)

Bergambar bersama Datuk Duta(berbaju melayu biru),Penasihat PMRAM,Ust Hairul Nizam(berjubah hitam,2 dari kiri berdiri)dan Atase Pendidikan,Encik Zainuddin(duduk berbaju putih,disebelah saya..heh)

yaa..jamuan makan.sate,rendang,nasi impit,kuah kacang,nasi beriani..macam2 ada=)

haa..tambah2

bergambar kat banner sebelum balik.(Bilal,Haidar,Munawwar,Ust Hanis,Azri,Ammar)

view dari tingkap rumah ust Mad.sume bersiap2 nak balik n bersurai.

* * * * * * * * * *

 

Gema takbir di pagi raya
Ku teringat kampung halaman
Aku di perantauan
Tak berdaya menahan sebak
Gema takbir di pagi raya
Kurindukan ibu di sana
Keluarga, sanak saudara
Hanya doa kukirimkan
 
 
 

 

 

+Wallahua’lam+