Arkib untuk November, 2008

Kami Bersamamu:.~

Posted in ISMA Mesir, Mesir, Palestin on November 30, 2008 by Munawwar

27 November 2008

Dah lama saya ternanti2, Alhamdulillah.. Sekali lagi bumi Mesir menerima kunjungan Dr Zainur Rashid bin Zainuddin,Perunding AMAN Palestin Berhad..yg didatangkan khas dari Malaysia utk memberi pendedahan mengenai sejarah dan info2 terkini mengenai konflik penjajahan rejim Zionis Yahudi ke atas bumi barakah Palestin,dalam satu program yg dinamakan “Malam Kami Bersamamu Palestin”…anjuran bersama ISMA-Mesir dan AMAN Palestin Berhad dgn kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK).. Sebelum2 ni,Dr Zainur Rashid juga pernah memberi pembentangannya di beberapa lokasi luar negara seperti Brunei,Qatar,Jordan dan lain2..

Bertempat di Dewan Utama,Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK),program yg bertemakan “Kami Prihatin” ni,berlangsung dengan sangat2 meriah hampir 4 jam, bersama2 dgn sekitar 400 orang pengunjung yg majoritinye mahasiswa/wi di bumi Mesir nih.

Sedikit pengenalan Dr Zainur Rashid bin Zainuddin nih..(utk sape2 yg tak kenal lagi la..)

  • Mendapat ijazah perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland, di Dublin, Ireland
  • Mendapat ijazah kepakaran di Royal College of Obstetricians & Gynaecologists di London
  • Kini bertugas sebagai Ketua Jabatan & Pakar Perunding Jabatan Obstetrik & Ginekologi di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Kehormat di Hospital Tuanku Jaafar,  Seremban.

Beliau juga aktif dalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya…

  • Perunding AMAN Palestin Berhad
  • Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan
  • Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Malaysia Negeri Sembilan
  • Penasihat Badan Kebajikan Islam Hospital Seremban.

Haa..sape2 yg duduk kat Negeri Sembilan,InsyaAllah kenal punye dgn Dr Zainur Rashid ni.

So,sila le jeling2 kat gambar2 di bawah ni,utk same2 rase kemeriahan “Malam Kami Bersamamu Palestin”

Zaaaasss..=)

* * * * * * * * * *

img_4928

“Malam Kami Bersamamu Palestin”

img_4431

Majlis dipengerusikan oleh Akh Zahid Naser

dscf0092

Alunan ayat2 suci Al-quran dari Dr Hafiz Rahman..menyentuh beberapa ayat dari Surah Israa’ yg berkisar mengenai peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah SAW yg singgah di Masjid Al-Aqsa..

img_4465

Dari kiri : Akh Shuhaib Ar-Rumy(Pengerusi ISMA-Mesir),Akh Salman Al-Farisi(Pengarah Program “Malam Kami Bersamamu Palestin”) dan Dr Zainur Rashid(Perunding AMAN Palestin Berhad)

dscf0140

Dr Zainur Rashid,sedang menyampaikan perkongsiannye..dgn info2 yg padat serta lawak2 yg menarik,tak kering gusi kami dibuatnye..

img_4617

Antara hadirin…

img_4607

…dan hadirat yg memenuhi dewan.ramai kan? sampai tak cukup kerusi tu.mmg dewan digelapkan bahagian depan sebab nak tgk slide pembentangan Dr Zainur..

img_47251

Sesi soal jawab bersama Dr Zainur

img_4713

Ramai jugak yg bagi respon..mcm2 soalan yg ditanye..KFC bole makan lagi tak?pokok Gharqad dalam english ape?mcmne nak join AMAN Palestin?(cam kenal soklan ni..heh)..ape rahsie Salahudin Al-Ayubi sampai dapat buka Baitul Maqdis?mcmne masa depan pendidikan anak2 palestin?..dan macam2 lagi la..dan semua berpuas hati dengan jawapan dari Dr Zainur..

img_4301

Tabung Palestin..Alhamdulillah,kutipan untuk “Malam Kami Bersamamu Palestin” berjumlah LE 11,682.20 ,..mutsyakkir awi buat dermawan2 sekalian.moga besar ganjarannya di sisi Allah AWT.

img_49161

Antara karikatur dan gambar2 Palestin di ruang pameran.

dscf0038

gerai jualan..bole la tengok antara hagah2 dari malaysia yg dijual..buku2,badge Palestin,selendang Palestin..dan lain2 lagi..

img_4307

dgn harge yg berpatutan,mmg laju je hagah2 ni habis terjual,mcm goreng pisang panas.rugi la sape yg lambat..mmg limited..

img_4394

sebenanye nak ambik gambar dgn kak ngah je,tapi dah duk nangis taknak kat ‘ammu,terpakse la ajak abi die skali bergambar..nak bagi gambar nampak ceria,ajak la Anas skali masuk..hehe

img_4372

bersama rakan2 ikhwah dan aksesori2 Palestina masing2..bersama2 dengan semangat “PALESTINE…WE CARE”

* * * * * * * * * *

Alhamdulillah,program kali ini berjalan dengan lancar dari awal hingga ke akhirnye(majlis bersurai sekitar jam 11 malam).selain bersama dengan pelajar2 di DMAK ni,Dr Zainur Rashid juga dijadualkan akan ke muhafazah2 yg lain seperti Tanta,Mansurah dan Iskandariah untuk bertemu dengan mahasiswa/wi  Malaysia di sana terutama pelajar2 perubatan,bg melengkapkan siri lawatannya di bumi Mesir ini.Moga semuanya dipermudahkan,Robbuna yusahhil..

Jumaat 28 November- Kami berkesempatan utk bersama2 Dr Zainur Rashid utk bermain bola di suq sayyarat,hayyu ‘asyir…dan sarapan bersama beliau di rumah bawwabah..mcm2 soalan lagi dapat tanye secare direct..hehe.

Harap2nye,semuga program2 seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa2 akan datang,utk mendedahkan lagi Isu Palestin,satu isu yg sangat penting utk kami mahasiswa/wi di bumi Mesir ini khususnya dan seluruh masyarakat Malaysia dan Dunia umumnye.sebab Palestin betul2 kat sebelah Mesir,dan bumi Mesir termasuk dalam peta rancangan “ISRAEL KUBRA” ..,moga rancangan mereka ni digagalkan Allah SWT..(teringin nak masuk Palestin,tp tak tau lagi bile ade rezeki..hmmm)

Moga saudara2 kita di bumi Palestina sana terus diberi kekuatan..Ameen~

+Wallahua’lam+

 

Sedikit Promo~

Posted in ISMA Mesir, Mesir, semasa on November 22, 2008 by Munawwar

Salam.

Sedikit iklan yg dicopy dari ismamesir.com , nak promote antara aktiviti2 menarik untuk Mahasiswa/wi di Mesir dalam masa terdekat ni.

* * * * * * * * *

MALAM KAMI BERSAMAMU PALESTIN

Anjuran Bersama :

ISMA-Mesir , Aman Palestin ,

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK/MSD Cairo)

Tempat :

Dewan Utama,DMAK

Tarikh :

Khamis 27/11/2008

Masa :

7.00 – 11.00 Malam

Menampilkan :

Prof Dr Zainur Rashid bin Zainudin

 

* * * * * * * * *

PROGRAM IBADAH QURBAN ISMA (MESIR)

akan dibuat pada 10 Zulhijjah 1429H nanti di Hayyu ‘Asyir..

Tahun lepas 13 ekor khoruf,tahun ni nak tumbang seekor lembu =)

Siapa yg nak turut serta untuk tempahan bahagian,sila la hubungi nombor contact,Ust Farhan Fadhil..seperti yg tertera kat poster di atas ye.moga tinggi ganjaran ibadah kalian di sisi Allah SWT.Ameen~

* * * * * * * * *

PROGRAM GERAK USAHAWAN MESIR 2008

Anjuran :

  1. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  2. Kementerian Pengajian Tinggi

Dengan Kerjasama :

  1. Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
  2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  3. Institut Keusahawan Negara (INSKEN)
  4. TIME Engineering Berhad

Tempat , Tarikh dan Masa :

KAHERAH

30 November – 1 Disember 2008(8 pagi – 4 petang)

Cairo International Conference Centre (CICC) , Kaherah

ISKANDARIAH

3 Disember 2008

Dewan Persidangan Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah

 

Untuk maklumat lanjut , sila lawati http://gerakusahawan.net

* * * * * * * * *

Mari sama2 kita memeriahkan program2 yg ada~

+Wallahua’lam+

 

Macamane la boleh salah kelas

Posted in Mesir, Santai on November 13, 2008 by Munawwar

image271

Hari ni khamis..

tengok kat jadual,ade kelas pukul 11..madah Fiqh Qadhaya.

Tengah duduk2 nak tunggu sampai pukul 11,capai la satu buku bace sambil2.bace punye bace sampai nak terlelap,dah pukul 11 pun..dah janji dengan sorang kawan nak pegi same2,die pun dah sampai..ape lagi,kami pun bergerak la ke jamiah dengan menaiki…menaiki apenye,jalan kaki je..

Cuace pagi ni sejuk2 suam jugak la…duk tengah khusyuk jalan di celah2 rumah arab..sampai jugak kat bangunan Fakulti Syariah..tengok kejap kat jadual,kelas Fiqh Qadhaya ni kat qa’ah 12,dewan nombor 12 ni kat tingkat atas skali,tingkat 5.

Time nak naik tangge je,tibe2 rase nak gi tandas pulak.

“tok,anta naik dulu la,ana nak gi tandas jap”,saya bgtau kat kawan saya, Faiz,name glamour Tok..hehe..

“ok”,sambut tok..

Kami berpisah..

Keluar je dari tandas,saya agak confuse,betul ke kelas pagi ni(dah nak zohor dah pun) kat qa’ah 12..pegi la balik tengok jadual nak confirmkan..haa,betul la..

Ape lagi,saya terus la menapak kat tangga yg agak tinggi nak naik tingkat 5. Sampai je kat tingkat atas skali ni,saya nampak ade ‘ammu tukang jage pintu qa’ah 12 ni nak tutup pintu.kat tangan die ade kunci,..sesetengah Doktor mmg agak syadid,suruh tukang jage pintu kunci pintu mase muhadharah..nasib la sape datang lambat..terpakse mencangkung kat luar dewan nak tunggu kelas seterusnye..

Balik kat cite tadi,nampak je ‘ammu tadi nak tutup pintu,dengan machonye saya jerit kat ‘ammu tu sambil berlari2 anak,..

“istanna ‘ammu,sawaani/jap2 pakcik,tunggu aku”

“yalla..bisur’ah,huush!!/cepat2,masuk!!”,jawab ‘ammu tu marah2..muke jangan citer la,mmg masam mencuka..

Fuh,lega..nasib baik dapat masuk..masuk je qa’ah 12 ni,apasal ramai semacam je,

yeeesss..Tahniah!!
bukan muhadharah Fiqh Qadhaya tahun 2,tapi muhadharah nahu sorf tahun 1..

Aduhh..mcmne bole tukar dewan plak nih,kadang2 mmg last minit tempat yg sepatutnye ditukar ke dewan yg lain..huhu..tak dapat info,..Doktor kat depan tengah mengajar bab Asmaa’ul Sittah(huhu..tgh salah kelas pun bole dengar jap Doktor ajar ape)..ape lagi,patah balik la kat pintu nak keluar,yees…’ammu tadi dah kunci pintu dari luar..aduh.,,kat pintu tu ade cermin kecik bole nampak luar..kelihatan ‘ammu tadi dengan selambenye berjalan dengan tenang kat kaki lima dewan..haih

nampak Ihsan kat depan,selang beberape meja.nak pi tegur die jap..dengan tenangnye saya panjat la meja tuh macam arab biase buat.budak2 arab kat sebelah tengok pelik je bile Malizi panjat meja gak..sampai je kat Ihsan,saya pun tegur la die..

“San,ana salah kelas daa..ana ingat kelas tahun 2 kat sini,sekali bukan..tapi ‘ammu tu dah kunci pintu,takleh keluar plak..aduh”

“Haha,takpe dengar je doktor ni,tambah ilmu”..huhu kene gelak dengan Ihsan..

Dah tak tau nak buat ape,pegi la duduk kat sebelah pintu tadi,mane la tau ‘ammu tadi bukak balik pintu.budak2 arab yg baru2 ni,gelak2 je bile tengok saya duk sorang2 kat sebelah pintu.peduli la,yg penting dapat keluar..

lebih kurang 10 minit,dengar bunyi kunci kat pintu…haaa,’ammu tadi bukak balik pintu,sebab ade pelajar2 tahun 1 yg lambat nak masuk(naseb la korang dapat masuk,biasenye tak leh)..cepat2 saye menyelit2 lawan arus nak keluar,time nak keluar tu bertembung ngan Awiz n Rahim baru nak masuk..haha kantoi lambat..diorang pun pelik je bile pandang..

bile sume dah masuk dan saya pun berjaya keluar,sambil ‘ammu tadi nak kunci balik pintu,saye pun tanye la kat die..

“‘ammu,sanah taniah fiin?/pakcik,tahun 2 kat ne?”,..

“mush ‘ariif,inzil tahat..ruuuhh!!/aku tak tau,ko turun bawah,pegi!!”..jawab ‘ammu tu marah2..

huhu..’ammu ni nak marah2 pulak..rilek laa..

Tanpe buang masa,saya pun mule mancari2..kat mane la kelas fiqh Qadhaya ni.turun naik..turun naik..akhirnye..pun tak jumpe jugak..huhu..sedihnye.letih pulak..duduk la sekejap.

p10101551

Tibe2,azan zohor berkumandang..tengok jam dah pukul 11.45 tengahari.rilek kejap ambik nafas,nak buat keputusan untuk setererusnye..

yess..dapat idea best.

ape nak buat lepas ni?

ape lagi,

balik la..

 

Kembali ke Kuliah ::.

Posted in Mesir on November 7, 2008 by Munawwar

 

Bismillahirrahmanirrahim.

pa0305241

 

Kembali ke Kuliah dengan semangat baru~

Setelah lame berkampung kt Cairo,sedar tak sedar..kuliah dah mule balik.so,nak tak nak..kena lah kami yg bukan warga kaherah utk kembali ke Tanta.ikhwah2 yg baru pun name dah muqayyad dan nak di tauzi’kan ke muhafazah masing2.

Macam2 yg nak kena uruskan untuk semester baru ni.bayar rusum,beli kitab,buat karnih…sape yg balik Malaysia pulak,nak kena chek darah.beratur punye panjang,last2 tak dapat buat.haih..lebih2 lagi dah nak masuk musim sejuk..nak kene belanje jugak buat persediaan supaya tak menggigil kesejukan nanti..

Tapi,Alhamdulillah dewan kuliah kat Tanta ni dah berwajah baru..baru cat,baru letak meja dgn kerusi panjang,dgn baru tambah kipas.pintu gerbang kat jamiah pun dah cat baru.sebelum ni 2 jam  berdiri dengar muhadharah,mmg tak de peluang nak duduk.sekarang,belambak2 tempat kosong.hehe…kelas tahun 2 pun Alhamdulillah tak padat mcm tahun 1 dulu..sedikit tenang untuk bg tumpuan kat Doktor yg tengah mengajar..

Subjek utk tahun 2 ni,tak banyak yg berubah.still 12 subjek.2 subjek je yg berubah..subjek Tarikh Tasyri’ dgn Ulum hadis mase tahun 1 dulu digantikan dengan Ahwal Syakhsiah n Hadis Ahkam..cume subjek2 fiqh tahun 2 kali ni,sukatannye lebih mencabar..lebih kompleks..tapi menyeronokkan =)

 

dsc000011

Terima Kasih buat meja studi ni,sebab byk menyumbang ketika berhempas pulas pulun kitab2 tahun 1 dulu.tapi,meja studi ni dah berpindah ke rumah baru,nak berbakti utk tahun 2 pulak.sape yg bakal studi kat tempat ni,beli la meja studi baru kat kedai ‘ammu depan tuh,murah je..hehe,dan moga terus semangat utk studi kat tempat yg penuh kenangan ni.=)

Tak reti nak tulis panjang2,berhenti kat sini je kot.mohon doa dari semua,agar2 kami pelajar2 di bumi Mesir ni,dipermudahkan usaha untuk menuntut ilmu.

footprints

Destinasi masih jauh,perjalanan masih panjang.

Moga langkah2 yg bakal diatur,sentiasa dibawah Redha dan Kasih Sayang Allah AWT.

Bittaufiq wan najah buat semua!!!!!

 

+Wallahua’lam+

4 of us~

Posted in Diari, Family, Mesir on November 1, 2008 by Munawwar

* * *  * * * * *  * *

Alhamdulillah…

Sekian lama menanti,

Sudah berempat kami disini.

Moga Bumi Mesir,

tanah air Imam As-Syahid Hassan Al-Banna,

menjadi medan,

buat kami mendalami fikrah,

dan mengutip mutiara2 tarbiyyah,

untuk dibawa pulang ke Malaysia tercinta~


* * * * * * * * * *

+Mohon doa agar dipermudahkan+