Alhamdulillah..
Imtihan dah pun selesai.walaupun ada tak sesusah yg dijangka,tetap risau dengan penandaan Doktor.dah usaha,tawakkal je la sekarang ni.
Lupakan la sekejap …hmmm..
So,sekarang ni.Cairo International Book Fair tiba lagi.
kali ni,Edisi ke-41.bermule 21 Januari sampai 5 Februari 2009.
Saya sendiri ternanti2 acara tahunan ni.macam2 cerita yg saya dengar mengenai Ma’radh Kutub ini mase di Malaysia dulu.Syukur,saya sudah berkesempatan merasai kemeriahannya buat pertama kali pade tahun lepas.Sangat tak sabar untuk berkunjung sekali lagi pada pesta kali ni.
Pertama kali saya melangkah masuk melepasi Pintu Gerbang Book Fair ni bersama rakan2 tahun lepas,apa yg terungkap kat mulut ni..
“Waah..syurga buku la”, sungguh takjub..
Sebut saje buku apa yg kita nak.buku Fikrah,seerah,sejarah dunia islam,fiqh,tafsir,medicine,dan macam2 lagi.InsyaAllah jumpe,kalau cari betul2 la =)
Info dari blog Us Shuhaib Arrumy ,untuk 41st Edition of Cairo International Book Fair 2009 ni,765 syarikat dari hampir 27 buah negara seluruh dunia sudah mengesahkan penyertaan,dan United Kingdom menjadi tetamu kehormat.mungkin anda semua sudah terbayang macamane kemeriahannya.oh,tak terbayang.
Andai kat poket ade ribuan Egypt Pound,pasti semua jenis buku dibeli.huhu..Apa pun,biar la buku yg dibeli sedikit tapi dibaca dan dimanfaatkan.daripada beli2 banyak,susun kat rak tinggi2,tapi satu pun tak terusik sampai berhabuk.
bile orang datang ziarah bilik..
“Woaaaa..banyaknye kitab nta tersusun kat rak nih.berjilid2 tu,mesti banyak nta belanje untuk beli kitab2 ni sume.da macam perpustakaan da bilik nta ni ana tengok”..
“Ehem,biase la.duit banyak tak tau nak beli ape,ana beli la kitab.kan best tengok tersusun camtu.bak kate orang,takde pembaziran dalam beli kitab2 ni.”
Ceh,kalau tersusun je tapi tak baca.takde maknenye.pesanan buat saya dan semua,bacalah buku2 yg dibeli.
Nak kongsi sikit gambar2 Book Fair tahun lepas.buat yg teringin nak pegi,tapi tak berkesempatan,boleh la lihat2 gambar tahun lepas ni ye.InsyaAllah,kalau ade rezeki mana tahu anda juga akan kesini =)
“Gambar Tahun Lepas”
* * * * * * * * * *
Di pintu masuk Ma’radh Kutub.
satu gambar bersame ikhwah Australia,Akh Zafry(berbeg biru di perut beliau)
Pelajar2 dari luar Mesir,Morocco dan Jordan juge ade yg turut sama ke sini tahun lepas.
Cairo International Book Fair Edisi ke-40
Besar tak besar book fair ni.cube tengok papan tanda kaler biru tu.kiri,kanan,bawah sume ade.tengok juge kat peta tu,huhu memang tak habis kalau nak jalan dalam sehari.
huu..meriah kan.penuh dengan manusie2 berbagai bangsa.
Maktabah Darut Tauzi’..macam2 kitab ade kat maktabah ni.
Harry Botter =p
Wah3..tak sangka,rupe2nye kumpulan Raihan pun famous kat sini.hebat2!!
Depan booth Mamlakah Arab Saudi yg smart.tp,time ni tak siap sepenuhnye lagi.tu yg ade baldi simen dengan tangge tu.huhu
satu gambar cover album sebelum balik.da maghrib da pun time ni.
* * * * * * * * * * *
ni sume gambar2 tahun lepas.tahun ni punye??
tak pegi lagi.ohh..sungguh tak sabar nak pegi.kalau ade gambar,InsyaAllah akan diupload.
Salam Musim Sejuk
+Wallahua’lam+



































