Assalamualaikum wbt..
12 Rabi’ul Awal 1430H | Isnin~
Kebetulan tahun ni,Maulid Nabi SAW jatuh pada hari isnin.Mungkin ramai yang dah tau,Rasululullah SAW lahir pada hari isnin,baginda juga wafat pada hari isnin.dalam peristiwa hijrah,Rasullullah dan para sahabat masuk ke Madinah juga pada hari isnin.
Anas bin Malik RA pernah berkata,
“Rasulullah masuk ke Madinah pada hari isnin,dan menerangi seluruhnya apa yang ada di Madinah..dan Rasulullah wafat juga pada hari isnin,maka gelaplah seluruh Madinah”
Hebat..rasa cinta Anas RA kepada kekasihnya.
Pelbagai nostalgia yang dilalui para sahabat bersama2 Rasulullah SAW.masuk sahaja Madinah selepas berhijrah dari Mekah,dibina sebuah masjid lalu dipersaudarakan Muhajirin dan Ansar di situ.itulah Masjid Nabawi,masjid ukhuwwah.
Sedihnya Umar Al-Faruq RA,sukar untuk mempercayai Rasulullah SAW wafat.hingga sanggup untuk memenggal kepala sesiapa sahaja yang mengatakan kekasihnya itu telah pergi.
Begitu juga Bilal bin Rabah RA..
Kerana tersangat sedih dengan kewafatan baginda SAW,Bilal membawa diri ke Syam dan menetap disana dalam tempoh yang agak lama.
Ketika Abu Bakar As-Siddiq RA menjadi khalifah,Bilal bermimpi berjumpa Rasulullah SAW.dalam mimpinya itu,baginda SAW mengajak Bilal menziarahinya di Madinah.
Apabila Bilal tiba di Madinah,Sang Khalifah Abu Bakar RA menyuruhnya untuk melaungkan azan.
“Tidak,aku muazzin Rasulullah”..Bilal tidak sanggup pada awalnya kerana masih sedih dengan kewafatn Nabi SAW.
Tiba giliran Umar Al-Kattab RA pula menyuruh Bilal melaungkan azan.tapi..jawapan sama yang diberikan.Bilal tetap enggan.
Akhirnya datang cucu Rasulullah,Hasan dan Hussin memujuk Bilal RA untuk melaungkan azan.
“Tidakkah kau mahu azan sepertimana kau melaungkan azan untuk datuk(Muhammad saw) kami dahulu?”
Bilal tidak sanggup untuk menghampakan permintaan cucu kekasih hatinya..
lalu Bilal mengambil tempat dan terus melaungkan..
“Allahuakbar..Allahuakbar..”
Seluruh Madinah menangis.
Suara merdu Bilal bin Rabah RA mengimbau kembali saat2 manis bersama kekasih hati mereka,Rasulullah SAW..
MasyaAllah..hebat.sunguh hebat rasa cinta para sahabat terhadap Rasulullah SAW.
___________________
Apa hukum sambut Maulidurrasul?
Menyambut maulid nabi bukan satu bid’ah.musuh2 Islam pada hari ini bersusah payah untuk menghilangkan nama Muhammad SAW dihati2 umat muslimin.
Saya teringat kata2 Datuk duta di Mesir ni dalam ucapan beliau ketika majlis berbuka puasa pada Ramadhan yg lepas,beliau mengatakan ada sekumpulan pelajar di German yang sedang membuat kajian untuk membuktikan bahawa sejarah hidup Muhammad SAW adalah rekaan semata2 dan tidak pernah wujud sebelum ini.
Pendapat saya,menyambut dan memperingati Kelahiran Ar-Rasul SAW,salah satu cara pembuktian cinta kita kepada baginda SAW.
______________________
Cara terbaik sambut Maulidurrasul?
Semalam saya sempat menonton sebentar di channel 2 TV Mesir,seorang penyanyi wanita Mesir mendendang sebuah lagu dengan sungguh merdu.setelah diamati,rupa2nya lagu tersebut berkisar tentang Muhammad SAW.dengan tidak bertudung,sungguh “feeling” saya melihat cara artis tersebut bernyanyi.mungkin beliau benar2 cinta pada Rasulullah SAW.
Cukup sekadar itu?..tidak!!
Cara terbaik untuk kita sambut maulidurrasul,dengan membaca semula dan mengkaji perjalanan sirah Nabi SAW dan terus dipraktikkan dalam diri kita.amalkan sunnah2 baginda,jadikan baginda sebagai “qudwah hasanah” dalam segenap perbuatan harian kita.bukan sahaja ilmu yg perlu kita warisi dari Nabi SAW,perjuangan baginda,dakwah baginda,sakit perit baginda menyebarkan risalah agung ini juga perlu kita semua warisi.
Mudah2an kita semua tergolong bersama2 mereka yang sedang berjuang menegakkan Risalah yang diwarisi dari Ar-Rasul,Muhammad SAW.
Moga semua thabat di jalan tarbiyyah dan dakwah ini.
* * * * * * * * * *
Semalam,saya berkesempatan untuk bersama ikhwah2 yang lain di sekitar Tanta dalam satu majlis ringkas telah diatur untuk memperingati Kelahiran Kekasih agung kita,Muhammad SAW.walaupun serba ringkas dan tidak sehebat di Kaherah,mudah2an banyak istifadah dan manfaat yang boleh diambil bersama=)
Macam biasa,bertempat di Rumah Ust Mizi kite,fuq khalis Imarah Melayu,Siberbay..Alhamdulillah,sekitar 30 ikhwah dapat hadir memeriahkan majlis..

majlis dipengerusikan Ust Fuad kite..

sesi ta’aruf..

Ustaz ade..doktor pun ade..

sama2 menonton tayangan multimedia mengenai riwayat hidup Rasulullah SAW..

khatirah dari Dr Rusydi.beberapa kisah cintanya sahabat kepada Nabi SAW.

nasyid..alunan suara dari Ust Fuad,Ihsan,Muawwidz

bukan main khusyu’ diorang ni dengar nasyid

terpegun dengar nasyid~

bile pulak nak habis ni..hehe

pertandingan kuiz..mereka2 ni sedang menyenaraikan jawapan untuk soalan yg diberikan mengenai Rasulullah SAW di papan putih..sori,..ade tangan sebab nak adjust cahaya lampu=)

akhirnye..kemuncak majlis..makaan.

Ust Zharif senyum kekenyangan..
Majlis berakhir dengan selawat beramai2 sambil kami bersalaman dan berpelukan..
* * * * * * * * * *
Salam Maulidurrasul 1430H
Sollu ‘alan Nabi!!!
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad
+Wallahua’lam+