Arkib untuk April, 2009

Ibsyuwai Al-Malaq~

Posted in Diari, Mesir on April 28, 2009 by Munawwar

Sekali lagi dapat peluang untuk berjalan sebelum imtihan=)

Perjalanan kali ni memang betul2 bermakna.penuh dengan ma’ani.Syukur Allah bukakkan hati ni masa sekolah dulu untuk datang Mesir.salah satu dari apa yang terbayang dan dicari2 sebelum ni,dah jumpa.mudah2an lepas ni banyak lagi yang dapat jumpa.Robbuna yusahhil,InsyaAllah =)

-Petang Jumaat-

~Ber-empat (Syamil | Munawwar | Ihsan | Muawwidz) -

Alhamdulillah,walaupun agak -last minute- rancang,sampai jugak kami ke sebuah perkampungan arab bernama -Ibsyuwai Al-Malaq- untuk ziarah -Mahmud Fuad Khayyat-,kawan arab yang kami jumpa kat masjid masa kami mula2 sampai Siberbay dari Cairo dulu.Mahmud ni belajar kat Kuliah Adab,Universiti Tanta..sekarang ni dah tahun 3.memang rapat jugak la dengan die ni.lagipun dah lame kami ber-4 tak berjalan sesame.

Rancang nak bermalam sehari je,tapi suasana yang agak tenang kat kampung ni ditambah dengan pujukan dari Mahmud Khayyat,Syamil,Ihsan,Muawwidz stay lagi satu malam kat sini.saya petang sabtu dah balik dulu..ade hal lain,huhu..sedih jugak terlepas pengalaman malam kedua kat sini.takpe la,ade rezeki boleh datang lagi.

apa yang tak boleh lupa,suasana dan syakhsiah kebanyakan arab2 kat kampung ni,memang berbeza dengan arab2 kat tempat lain(yang saya pernah jumpa lah)..mungkin inilah kesan dari tarbiah dan dakwah yang masih bertapak kat kampung ni sampai hari ni.

macam biase la,nak kongsi beberape gambar =)

* * * * * * * * * *

-Petang Jumaat-

dscn1000

sebelum bertolak dari Imarah Ummu Abdullah

(Muawwidz | Ihsan | Syamil | Munawwar)

dscn0132

gambar ni di-snap- sejurus turun dari tremco(spesis kenderaan awam)..ni la suasana kampung Ibsyuwai Al-Malaq..nak kesini boleh ambik tremco dari Istad.tambang LE 1(RM 0.80 lebih kurang)..perjalanan dalam 5-10 minit je.

dscn0138

haa,ni la Mahmud Fuad Khayyat.macho dengan jambangnye..die ni memang happy go lucky.ade je idea die nak buat lawak.

dscn0144

mase sampai tadi,dah nak maghrib.ni on da way balik ke rumah Mahmud dari masjid.agak tenang jugak suasana malam kat sini.

dscn0145

Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi + burung hijau dan putih depan rumah Mahmud.-”Ruh syuhada akan tetap hidup”-

dscn0156

makan malam.siape yang terer,sila la habiskan sume.

dscn0164

faraulah(strawberry) bi laban,sebelah die ni,aruz bi laban..sumenye dengan laban(susu)..

dscn0153

“ciit..ciiit..ciit..sape name??”

dscn0177

lepas isya’ kami ke rumah kawan Mahmud,Muhammad ‘Uthman..habis ta’aruf,puas kami bernasyid,sembang2 tukar pendapat.satu pertemuan yang sangat bermakna buat kami,buat mereka sume.

dscn0189

MasyaAllah..Barakallahu Fikum~

dscn0202

on da way balik dari rumah Muhammad ‘Uthman,singgah kedai milik Basyuni,tengok beberape video pasal Ghazzah sambil minum syai(teh).

dscn0212

supper~mase ni rasenye dah pukul 1 lebih.pun ade supper jugak.huhu

dscn0210

Muhammad Ali Hijazi,Tahun 4,kuliah ‘Ulum(Sains) qisim nabat(Botani).akan bermalam bersama kami=)

dscn0216

Mahmud ‘Uthman(baju kuning),adik Muhammad ‘Uthman yg kami visit rumah die tadi.pelajar tahun 2,kuliah Tijarah(bisnes),Universiti Tanta.die pun akan join kami bermalam..ahlan2..

dscn0222

kat rumah ni la kami akan bermalam.rumah ni sebenarnye milik abang Mahmud dan isterinye serta anak2(sebab tu ade anak patung).tapi abang die sekeluarge sekarang ni tengah bermusafir.so,ade can la kami nak merasa rumah orang dah kawen nih..hehe

dscn0361

ni la bilik tidurnye.memang nyenyak la sume tidur.

—-

-Pagi Sabtu-

dscn0243

Sobahul Wardah~

Good Morning Ibsyuwai Al-Malaq.kami minum syai di sutuh.waah,sangat best.memang manis sangat2 pengalaman baru ni.

dscn0247

-minum teh dengan senyuman-

dscn02711

ta’aruf ringkas dan sedikit tazkirah sebelum bermain bola.

dscn0293

bukan main penat lagi main bola dengan arab2 nih.yang bestnya,kalau gol mesti ramai2 jerit “Allahuakbar walillahilhamd”..hebat bi’ah diorang nih..

dscn0314

berehat sebentar lepas penat bermain.sambil2 ni,sempat jugak la main “as’ilah zakiy”(teka-teki)..,arab punye teka-teki rupenye lebih kurang macam melayu punye teka-teki je,hehe..

dscn0322

sarapan bersama ‘isy,tho’miah,foul,lansyun..dan lain2..

dscn0351

lepas zohor,kami berjalan2 di sekitar kampung.memang sejuk dan fresh air bawah tanah nih.

dscn0353

Awiz dan syamil cube untuk membuli budak arab.awiz bukak langkah kung fu,syamil pakai buah silat..heh

dscn1018

Kuttab..tempat anak2 kecil belajar.

dscn0369

Ibsyuwai Al-Malaq dari atas..macam Siberbay jugak..

dscn0370

makan petang lepas asar..fatirah(macam roti canai jugak la)..dan makanan2 yg lain.tak lupa jugak madu disitu.

dscn1025

Fuad..anak sedare Mahmud..comel betul budak nih,cube tengok mata die,hijau2 kelabu.paling best bile die cakap “masyi..masyi..” haha

dscn04081

anak2 sedare Mahmud.bukan main susah lagi nak pujuk diorang ni bergambar.

dscn0382

tempat ape pulak nih? haa,ni la “Manhal”. tempat bela lebah untuk dapatkan madu.“Manhal” —>isim makan bagi “An-nahlu”(Lebah).Mahmud ni penternak lebah,madu yang die hidangkan untuk kami tu madu dari Manhal die ni la.memang 100% asli,takde campuran.

dscn0377

bergabuuung=)..siap sedia nak tengok lebah..1st time pakai baju ni.best2.

dscn0403

waa..banyaknye lebah.

dscn0386

Mahmud bercerita dengan lebih detail proses penghasilan madu

dscn0390

close-up sikit.kelihatan madu disitu..

dscn0416

ni gambar last sebelum nak balik.diorang ni tengah main bola sebenarnye.kami ke sini untuk wida’ dengan diorang la kirenye.time ni dah nak maghrib.

dscn0414

tu dia,tremco untuk balik dah ade.berat jugak nak tinggalkan kampung ni.rase macam nak stay lagi 2,3 hari je.takpela,ade rezeki kite datang lagi.so,saya sorang balik ke Siberbay dulu.Syamil,Awiz,Ihsan stay lagi satu malam kat sini.

* * * * * * * * * *

Banyak pengalaman baru dapat kat kampung nih.makin seronok duduk kat Mesir ni=) ..hehe..

dah2..bukak kitab pulak..

~Ibsyuwai al-Malaq qaryah ‘asal wallah~

+Wallahua’lam+

.:Sepetang bersama~

Posted in Diari, Mesir, Santai on April 23, 2009 by Munawwar

-Petang selasa lepas asar-

biasanya petang2 macamni kat Tanta,ramai yang ambik masa untuk berehat,lagi2 kalau pagi pergi kuliah.sambil2 rehat,tengok cerita ke,main masak2 kat dapur ke,tak pun cari ilham untuk lagu baru=)

tak kurang jugak yang menghabiskan waktu petang macamni dengan menyelak2 kitab kuliah sambil mengambil posisi baring di atas katil.last2,buku yang baca dia.almaklumlah,imtihan dah tak lame..

—-

“Salam nawai,kat mane?”

“kat umah..”

“pesal tak angkat tadi?”

“baru naik dari masjid”

“nak ikut tak gi jalan2 kat taman?”

“Taman mane?”

“alaa,yang ana cerita dulu tu..jom la,ramai pegi sekali ni”

“bole2,tapi nak makan dulu.kitorang tak makan lagi”

“ok2,cepat sket.jap lagi kitorang tunggu kat bawah”

-Syamil call ajak keluar jalan2-

—-

Turun2 bawah.waa,ramai dah yang tunggu.bagus jugak jalan2 petang ni.Syamil kate,taman yang kami nak pergi ni memang cantik.susah nak jumpa kat Mesir.lagipun,dah lama tak jalan2 tengok ciptaan Allah SWT yang indah,sambil sembang2 dengan yang lain rapatkan ukhuwwah.paling2 pun,dapat la jugak “release” ape2 tension yang ade dalam kepala ni.

perjalanan kami petang ni,menaiki..menaiki ape..jalan kaki je.agak jauh jugak la.tapi takpe,exercise petang sambil sembang2 yang menyihatkan..

boleh tengok dulu la gambar sepanjang perjalanan..

* * * * * * * * *

dscn0937

baru bergerak

dscn0938

bukan main laju lagi syamil lead kat depan.senyum2=)

dscn0940

“eh,tengok tu..tengok tu..” ,takde ape2 pun sebenarnye..saje tengok air sungai dah pasang.

dscn0949

rapat,rapaat..

dscn0952

satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan..haa,baru cukup korum..

dscn0020

bagunan Jami’ah Tanta di Siberbay..bersebelahan dengan ladang gandum..

dscn0017

gandum yang menguning

* * * * * * * * * *

Hadiqah Junainah~

lebih kurang setengah jam berjalan.akhirnye,sampai jugak kami ke taman yang dituju.taman yang diberi nama JUNAINAH ni memang cantik.milik Dr Hammuda(kalau tak silap la),lecturer di kuliah medicine,Jami’ah Tanta.tapi masa kami sampai,Dr takde..so,tak dapat lah jumpa dia.

Junainah—> isim masdar bagi “Jannah” ( Syurga )

macam2 tumbuhan ada kat dalam hadiqah Junainah ni.bunga ade, buah2an pun ade.bile tiba musim buah2an berbuah dengan ranum dan lebat,Dr pemilik hadiqah ni akan bukak pintu utama hadiqah ni untuk golongan2 miskin ambil apa2 saje buah2an kat dalam taman ni dengan percuma.

kagum3.hebat betul jariah dia untuk masyarakat sekitar.

ni ade sikit gambar semasa kami berada dalam Hadiqah Junainah ni.

* * * * * * * * * *

dscn0062

Hadiqah Junainah~ banyak pokok2 buah2an.tapi belum lebat lagi sebab belum sampai musim.

dscn0036

imarah dalam hadiqah.ade bilik2 yang sangat smart macam chalet ..nak bermalam kat sini pun bole~haa,bahagian putih kat atas imarah ni,kalau nak tau,tu la sarang burung.

dscn0045

waah..ade pondok la.

dscn0040

ta’aruf dulu deh.memang sangat tenang hadiqah ni.lepas ni boleh la makan roti dengan minum air oren tuh..

dscn00331

pokok mangga yang cute

dscn0023

epal yang kelat.sebab tak masak lagi.

dscn0021

anggur..masih kecik2 lagi

dscn00291

pinknye bunga ni=)

dscn0032

bunga lagi.

dscn0031

pohon2 anggur

dscn0966

kamera di celah2 batu

dscn0060

tenang with sunset~

dscn0058

awez sedang me-release-kan tensionnye

dscn0084

ladang yang menghijau dan Haidar sang penyibuk..hehe

dscn0063

mereka sedang melihat matahari

dscn0066

mudah2an esok lebih baik dari hari ini.InsyaAllah~

dscn0990

sedikit khatirah lepas bersama2 solat maghrib.Syukran kepada semua yang sudi berkongsi=)

dscn0992

gambar last.hari pun dah gelap..dah3,jom kita balik!!

* * * * * * * * *

Alhamdulillah,jalan2 petang yang sangat menenangkan.memang betul2 dapat kurangkan tekanan untuk imtihan yang dah dekat nih.

2 istifadah besar yang sangat2 basah :

1. “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

(Ali Imran : 190-191)

2. “Muhammad  ialah Rasul Allah,dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)”

(Al-Fath : 29)

—-

ade jalan2 lagi ke lepas ni?

dah2 cukup,mase untuk bukak buku pulak..

Bittaufiq wan najah=)

+Wallahua’lam+

t.a.g

Posted in Tag on April 11, 2009 by Munawwar

Dari Haidar,

1. Anda rasa anda hot?

ye kot,nak masuk musim panas dah ni.

2. Upload gambar kegemaran anda

dscn6708

3. Kenapa anda suka gambar ini?

sungguh hijau,sangat segar..

4. Bila kali terakhir makan pizza?

haritu,tak ingat dah bile.kat Toyyibin,siberbay.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Keampunan-Mirwana

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

belek2 gambar kat hard disk.

7. Selain nama sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?

nawai(untuk family sahaje),..mun(kawan2 satu sekolah-SMIH JB- selalu gune),..munawwareeeen(arab2 kat siberbay ni selalu panggil..hehe)

8. Tag lagi 6 orang?

ohh,takde idea nak tag siape.sape2 yang rase dah kering idea nak buat post.sila la buat tag ni..mudah2an ade manfaatnye=)

so,secara automatiknye,soalan 9 sampai soalan 14 takde jawapan lah ye??

+Wallahua’lam+

-tengah tunggu buah mesh-mesh kuar..=)

Mabruk Qamarul & Khairah

Posted in Kahwin, Mesir on April 4, 2009 by Munawwar

Post khas buat sahabat2 G7 Smih | juga untuk semua

Jumaat pagi..3 April 2009~

Alhamdulillah..Qamarul selamat diijabkabulkan dengan satu lafaz dalam bahasa arab.mula2 ingatkan Qamarul la ikhwah termuda yg membina masjid di kalangan ikhwah2 kat Mesir ni,rupa2 nya Ust Mus’ab dulu pun akad masa umur 21 tahun.so,tak dapatlah Qamarul nak pecahkan rekod..

Tapi ada satu kategori yang Qamarul menang.dalam Batch-7 SMI Hidayah(G7 SMIH),Johor..dia la yang kahwin dulu..walaupun sebelum ni dah ramai dah calon2 lain yang dijangka akan mendahului(sape tu ye??),ternyata Qamarul memang laju.=)

Majlis yang telah diatur semalam untuk meraikan 2 pasangan pengantin,

Qamarul Naim & Khairah | diijabkabulkan pada 3 April 2009

Ust Sirojul Afkar & Dr Nik Nabihah | diijabkabulkan pada 22 Disember 2008

Di doakan kedua2 pasangan pengantin baru ni,moga terus berbahagia hingga ke Syurga.Ameen~

So,ade sikit gambar yg dapat diupload.nak kongsi dengan sahabat2 G7 yg lain setelah sekian lame menunggu..mana2 yang nak rasa syahdu tu,control2 sket ye.hehe=)

* * * * * * * * * *

dsc_5274

dari pengantin lelaki(Qamarul la tu)

dsc_5297

dari pengantin perempuan(zaujah Qamarul lah ye?)

dsc_5289

mahar..

dsc_5400

gementar kot..

dsc_5465

Ust Halim meng’akad’kan menantunya

dsc_5593

tersenyum riang selepas akad

dsc_5630

Qamarul & Khairah menuju ke dewan diiringi paluan kompang

dsc_5636

diikuti rapat Ust Siroj & Dr Nik Nabihah

dsc_5666

Ust Halim,Qamarul,Ust Siroj

dsc_5682

Dr Nik Nabihah,Khairah

dsc_5769

menjamu selera

dsc_5715

baik2 tuang air hijau tu dik.tumpah kang..

dsc_5804

memang penuh dewan.kelihatan pakcik2 dan makcik2 yang menyertai rombongan umrah Ust Halim.

dsc_5877

Ust Halim & Isteri

dsc_5748

Persembahan nasyid

dsc_5824

sedikit ole2 dari kami,ikhwah Tanta

dscn0485

“macam tak percaya je Qamarul dah kawen”

dscn0493

G7 SMIH..Mabruk la Qamarul=) macam dah bole agak je sape pulak lepas ni??hmm…

dsc0429j

Warga PaLS | Alumni SMIH JB

dscn0496

Khairah & Qamarul

dscn0502

Qamarul & Khairah

dscn0514

Qamarul & keluarga pengantin perempuan

dscn0505

duduk diam2 ‘ammu nak ambik gambar ni..

* * * * * * * * * *

Sekali lagi Tahniah dan Mabruk buat pengantin baru.moga Allah terus memberkati dan merahmati antum semua..

Sape pulak lepas ni yee?? hmmm…

+Waalahua’lam+