Tak nak ketinggalan,nak letak jugak kat blog ni=)
diambil sebijik2 dari emel di yahoogroups PaLS(Alumni SMIH JB)
—-
SMIH JB vs STAR
Grand Final
Debat Antara Sekolah 2009(kategori Bahasa Melayu)
Tarikh : 29 April 2009(Rabu)
Tempat : CAC, UIAM Gombak
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Suasana Perlawanan Akhir debat Antara Sekolah 2009 dengan tajuk “Undang-undang Merupakan Jawapan Terbaik Kepada Masalah Sosial”

Para pendebat SMI Hidayah Johor Bahru (Kerajaan)

Para pendebat STAR (Pembangkang)

Reaksi pendebat SMI Hidayah JB selepas keputusan diumumkan

SMI Hidayah JB,Johan Debat Antara Sekolah 2009 kategori Bahasa Melayu bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Dato’ Saifuddin Abdullah(kiri) dan Rektor UIAM(tiga dari kanan)

Para pendebat SMI Hidayah JB turut merangkul gelaran Naib Johan Debat Antara Sekolah kategori Bahasa Inggeris
-Wan Am-
Pegawai Eksekutif Penerangan JIM Pusat
—-
SMIH di Berita Harian(1 Mei 2009)

PENDIDIKAN
SM Islam Hidayah muncul juara debat antara sekolah
01/05/2009
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
SEKOLAH Menengah (SM) Islam Hidayah, Johor Bahru membuat kejutan apabila memenangi Pertandingan Akhir Debat Antara Sekolah-sekolah kali ke-8 kategori bahasa Melayu, di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, kelmarin.
Dalam persaingan merebut Piala Tun Sri Lanang, sekolah yang pertama kali mara ke pertandingan akhir menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh.
SM Islam Hidayah bertindak sebagai pasukan kerajaan berjaya menarik perhatian panel hakim dengan mengemukakan hujah bernas menerusi perdebatan ‘Undang-undang Jawapan Terbaik Kepada Masalah Kebejatan Moral’.
Membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Aizaini, sekolah berkenaan pada peringkat suku akhir menewaskan SM Agama Persekutuan Kajang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (separuh akhir).
Penguasaan SM Islam Hidayah turut menyerlah dalam kategori Bahasa Inggeris apabila mara ke peringkat akhir dengan berdepan pendebat SM Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, yang diwakili Png Ning, Sean Law Li Hao, Ida Thien Feng Feng dan Julie Chow Yew Li.
Bagaimanapun, sekolah itu terpaksa menerima kenyataan apabila tewas kepada SMK Green Road yang akhirnya muncul juara sekali gus membawa pulang Piala Munsyi Abdullah.
SMK Green Road menundukkan SM Islam Hidayah dalam perdebatan bertajuk This House Would Allow Shorter Prison Sentences For Prisoner In Exchange For Donating Their Organs.
Juara bagi kedua-dua kategori berjaya membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.
Manakala naib juara kedua-dua kategori menerima wang tunai RM2,000 piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.
Pendebat Star, Mohamad Asyraf Che Ibrahim diumumkan peserta terbaik pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, manakala Ida Thien (Bahasa Inggeris).
Pendebat terbaik keseluruhan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (berdasarkan kedudukan individu selepas enam pusingan awal) masing-masing diraih Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin dan Mohd Reza Abadi, sekali gus menerima wang tunai RM300 dan piala.
Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid.
Sementara itu, ketua pasukan SM Islam Hidayah, Nur Liyana ketika ditemui mengakui tidak menjangka kemenangan terbabit, tambahan pula ini adalah kali pertama bertanding di pertandingan akhir.
Sebelum ini, katanya, pasukannya sekadar mara sehingga peringkat okto final dan kejayaan diraih disifatkan mengejutkan kerana berjaya menewaskan pasukan berpengalaman.
*Pembetulan ya di 2 perenggan terakhir [kesilapan di akhbar]
1) Ketua pasukan SM Islam Hidayah ialah Ilham Nasharuddin.
2) Pasukan ini tidak pernah mara ke peringkat okto final pada tahun lepas.
—-
Petikan akhbar di copy dari blog Kelab De’Pikir SMIH
* * * * * * * * * *
Tahniah buat adik2 semua yang telah mengharumkan nama sekolah.moga antum semua lebih maju di masa hadapan dengan qudwah yang cemerlang.
Antara sekolah2 lain yang menyertai pertandingan debat ni,KISAS (dulu KIK), MCKK, TKC, RMC, STAR, STF, SDAR dan MRSM.
Barakallahu Fikum..
Sekalung tahniah dari,
Munawwar Abdul Rahman
(Batch-7, SMI Hidayah JB.)
+Wallahua’lam+