Arkib untuk Jun 6, 2009

Selesai exam ku

Posted in Diari, Mesir on Jun 6, 2009 by Munawwar

“kau keluar sekarang!!”

Sambil tangan ligat menulis,saya sempat menjeling ke luar dewan.kelihatan di koridor,seorang arab Mesir bangun sambil menggeleng kepala.kertasnya baru dirampas dan ditengking keluar oleh penjaga peperiksaan.itulah akibat buat mereka yang meniru.

hari ni kami periksa  Al-Quran.kertas terakhir untuk peperiksaan bertulis.Madah Al-Quran cukup penting untuk memberi syafaat kepada madah2 yang lain.selesai menghantar kertas jawapan untuk subjek Al-Quran ini,bermakna hilang sudah tekanan2 yang membelenggu fikiran.peperiksaan dah habis.walaupun masih ada peperiksaan lisan(syafawi),tapi tidak terlalu menekan seperti sebelum ini.

DSCN0477

- dah selesai -

Suasana peperiksaan di sini sungguh luar biasa .seolah2 semua ambil tahu dan mendoakan.

Saya masih ingat lagi hari pertama peperiksaan tempoh hari.bersama 3 ikhwah tahun 4,kami berkonvoi menuju ke jami’ah pagi itu.masing2 berjalan sambil mata tertumpu pada buku yang berada di tangan.di pertengahan jalan,seorang budak memekik kepada kami,

“tanggahkum fel imtihan InsyaAllah” | “moga korang semua berjaya untuk exam”

oleh kerana kami semua masih sibuk membaca dan melihat2 nota.hanya terima kasih dan melambai tangan yang mampu dibalas.MasyaAllah,baik sungguh hati budak ni.

Pulang dari jami’ah juga kami berkonvoi.sampai di beberapa simpang terakhir sebelum sampai ke rumah,kelihatan satu keluarga sedang duduk2 di pintu rumah mereka.ketika kami melintasi mereka,salah seorang bertanya,

” ‘amalta eh fil imtihan?” | “macamane exam kau tadi?”

“Alhamdulillah,quwais” | “Alhamdulillah,ok je” , jawab kami ringkas.

“bittaufiq InsyaAllah” , mereka turut mendoakan.

memang budaya di sini,ucapan2 doa sangat mudah didengar.tak kira di mana pun,kedai runcit,kedai kacang,di masjid tak pun di pinggir2 jalan.

* * * * *

DSCN0478

- terima kasih kitab2 dan nota -

Alhamdulillah..

Imtihan kali ini selamat ditempuh.apa yang masih dirisaukan,natijah.sekarang ni hanya mampu berdoa dan tawakkal kepada Allah SWT. mudah2an keputusan yang terbaik diberiNYA.

Sepanjang peperiksaan berjalan,terpaksa saya biarkan blog ini tidak di-update-.kadang2 teringin juga untuk menulis sepatah dua.tapi,nak tak nak kena juga batalkan hasrat untuk meng-update-.takut “mood exam” terganggu.walaupun macam2 yang bermain2 di fikiran ni yang rasa hendak dikongsi bersama.sekarang ni,semuanya dah hilang..huhu~

Musim cuti tiba lagi,ramai yang dah meninjau2 harga tiket ke Malaysia.juga yang nak bertukar status,Mabruk2!! Moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.bagi yang terus bermukim di Mesir,sama2 kita merancang moga cuti kali ini dimanfaatkan sebaik2nya.jalan2?jooom!!

Mereka yang berkesempatan,mari kita ke Matruh.tak sabar ni.

+Wallahua’lam+