Pagi di istad

Sebelum peperiksaan bermula hari tu,hampir setiap minggu kami ke Istad(stadium) di Tanta untuk bermain bola.jangan bayangkan seperti stadium di Malaysia,stadium kat sini kecik je.tapi,sepanjang peperiksaan berlangsung terpaksa ia diberhentikan buat sementara.untuk memberi laluan kepada kitab2 kuliah dan nota.gatal2 di kaki harus ditahan.apa yang mampu,tengok bola kat TV je la.

Jangan bandingkan dengan ikhwah di Cairo.memang hari2 mereka turun “suq sayyarat” untuk menyepak bola.exam atau tak exam,sama je.takkan ganggu mereka untuk angkat tiang gol dan susun di “suq sayyarat”.almaklumlah,semua dah tamam baca kitab kuliah.

Hampir sebulan juga kasut bola terbiar di rak.sampai berhabuk2.sampai lah pagi semalam,kami mula bermain semula di istad.walaupun belum betul2 habis lagi peperiksaan,tak tertahan lagi nafsu untuk menjaringkan gol.sekitar jam 6 pagi,semua dah bergegas untuk berkumpul di istad.waktu untuk berkumpul sudah ditetapkan,siapa lewat takkan terlepas dari denda.pumping la,apa lagi..

Biasanya kami bermain selama 2 jam.selepas 1 jam,berhenti rehat untuk taaruf dan sedikit tazkirah sekitar 15 minit.hak untuk badan dan hak untuk ruh harus disempurnakan secara seimbang.walaupun lincah bermain,tiada manfaat sikit pun kalau lupa pada Allah.selesai tazkirah,barulah permainan disambung untuk baki masa yang ada.

Apa yang saya nak kongsi bukan pasal bola semata2,cuma tazkirah yang disampaikan kali ini sangat2 bermanfaat.dari siapa lagi kalau bukan Ust Fuad kite.menyentuh mengenai “Sibaaqul Khoir”(berlumba2 kepada kebaikan).dibawa contoh dari peribadi Abu Bakar RA .sahabat yang sentiasa terkehadapan dalam melakukan sesuatu kebaikan di kalangan sahabat2 yang lain. 3 point yang disentuh Ust Fuad untuk mengekalkan momentum berlumba2 kepada kebaikan :

1.bersungguh dalam melakukan amal fardi

2.jangan terlalu tinggi angan2

3.sentiasa melazimi bi’ah yang solehah.

Boleh la sama2 kita ambil manfaat dari kalam akhi kita ni.mudah2an banyak membantu untuk kita lebih berkualiti dalam beramal.

1_673970720l

-ni sebelum periksa-

Sepak bola bersambung semula seusai taaruf dan tazkirah.walaupun hampir sebulan tak sentuh bola sebelum ni,Alhamdulillah skill2 masih mantain.memang puas main kali ni.sebab dapat jugak score goal.tapi memang pancit dan sengal2 badan dibuatnya.

*****

habis main,sepantas kilat cari air di kedai dalam istad ni.penangan musim panas,memang kering tekak yang amat.sambil2 menghirup jus apple cap BEST,datang 2 budak arab menyapa,

“tel’ab helwa,kidah..” | “best la kau main tadi,macamni..” , sambil buat thumb-up.

saya memang perasan 2 orang budak ni duk perhati je masa kami main tadi.

“zayy Abu Trika?” | “macam Abu Trika tak?” , balas saya. *Abu Trika pemain bola sepak tersohor Mesir*

“aiwaaaaah” , budak2 ni jawab hampir serentak sambil tersenyum lebar dengar saya sebut nama pemain Mesir.

(siapa nak percaya cerita ni)

haha,ade2 je budak2 arab ni nak muja.nak mintak jus apple sikit la tu.padahal bukannya hebat sangat pun kita main.memang arab Mesir ni kuat memuja.

Ikhwah Cairo,siapa nak lawan bola??(konon2 hebat)..sebenarnye,rindu dah ni nak main bola kat “suq sayyarat”.

1_776509646l

- Al ‘Aqlu Salim Fi Jismi Salim-

8 Respons kepada “Pagi di istad”

  1. Assalamualaikum,

    Moga semuanya diberkati Allah..salam mesra :)

  2. Munawwar Berkata:

    waalaikumussalam Ust Farid.
    Syukran sudi ziarah blog ni.

  3. +fobia+ Berkata:

    walla.siap ada stadium lagi kan.macam best je.ngee.hu.denda ke kalau lewat?kalau tak main kena denda tak?haha.

  4. Munawwar Berkata:

    tempat futsal tak banyak cap.layan je la stadium tanah merah ni.mesti denda punye kalau lewat.kalau tak main,perut ke depan la jawabnye.haha

  5. +fobia+ Berkata:

    kalau yang tak kisah perut besar macam mana pula?haha.

  6. Munawwar Berkata:

    kalau tak kisah perut besar,tunggu je la sampai dapat anak.

  7. +fobia+ Berkata:

    haha.dush.bahagianya mereka macam tu.ngee.

  8. thaaqhib Berkata:

    pesanan kepada pembaca bog yg ingin ke mesir..silalah memilih kawasan kaherah sebg destinasi pilihan anda.

    lihat~~di tanta..kasihan mereka

    ades!

    nota : kempen melawat cairo

Tinggalkan jawapan