Moga mereka damai di sana.
|1933 – 2009| Dr Fathi Yakan
13 Jun 2009,Dunia dikejutkan dengan pemergian Dr Fathi Yakan.siapa yang tidak kenal dengan tokoh agung ini.lebih2 lagi buat mereka yang hidup di jalan dakwah dan tarbiyah.
*****
Pernah ketika saya masih sekolah rendah,seorang ustaz menyuruh saya membaca buku “Maza Ya’ni Intima’i lil Islam / Apa ertinya saya menganut islam”,karya Dr Fathi Yakan.diberi tempoh seminggu,ustaz tadi akan bertanya kembali kepada saya mengenai kandungan buku ini.
Waktu itu,saya sendiri belum betul2 mengerti akan bacaan fikrah,apatah lagi nama Dr Fathi Yakan sangat asing di benak fikiran.pulang ke rumah,saya cari buku tersebut di rak buku Abah dan Mama.mujur jumpa.saya sangat bersyukur,sepanjang proses untuk saya mengenali alam tarbiyah dan dakwah ketika di sekolah dulu,buku2 fikrah yang dicari ada di simpanan buku2 Abah dan Mama.Alhamdulillah,sangat2 membantu.
Berbalik kepada kisah tadi.selepas buku “Maza Ya’ni” saya jumpa,helai demi helai saya selak.tak faham.diselak lagi tak faham juga,walaupun berbahasa melayu.beberapa mukasurat saya baca kosong.satu apa pun tak dapat nak faham.bila dah bosan,langsung ditinggal buku tersebut.
Cukup seminggu,ustaz tadi tak datang2 untuk bertanya mengenai buku “Maza Ya’ni”.kalau selisih pun,memang tidak disebut mengenai buku ini.saya rasa ustaz ni dah lupa.hati saya jadi gembira,akhirnya apa yang saya baca pun semuanya hilang.memang susah rasanya minda pelajar sekolah rendah nak ingat apa yang dibaca mengenai buku2 fikrah macam ni.
*****
Ketika di tingkatan empat.
Buku “Maza Yakni” kembali dibuka.kali ini,buku tersebut dibaca,dibentang,dan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam liqa’ di sekolah.bacaan kali ini sangat efektif.gambaran alam tarbiyah dan kepentingan dakwah mula terbuka di minda saya.sedikit demi sedikit saya mula faham apa yang dibawa oleh Dr Fathi Yakan.nama ini saya mulai kenal dengan lebih mendalam.karya beliau yang lain seperti “Bahtera Penyelamat” juga diambil tahu.buku2 karangan beliau membawa saya mengenali karangan pengasas Ikhwanul Muslimin,Imam As-syahid Hasan Al-Banna.sepeti “Risalah Ta’lim”,”Usul 20″, dan lain2.
Ketika ini,saya sangkakan Dr Fathi Yakan sudah pergi.tapi,ada yang memberitahu beliau masih lagi hidup dan masih aktif dijalan dakwah.
Ada yang pernah beritahu saya,”Kalau nak mula baca buku2 fikrah,baca dulu karya Dr Fathi Yakan.sebab buku2 dia agak ringan dah mudah faham untuk yang masih di peringkat awal.lepas tu,boleh la pindah ke buku2 fikrah yang agak berat dan memerlukan kefahaman yang tinggi.”
*****
Sampai di Mesir.
Saya jumpa buku “Maza Ya’ni Intima’i lil Islam/Apa ertinya saya menganut islam” dan “Qawaribun Najah/Bahtera Penyelamat” dalam bahasa arab ketika Ma’radh Kutub(Ekspo Buku) di Cairo.sangat teruja ketika itu.
Rupa2nya,lebih seronok baca buku fikrah dalam bahasa arab berbanding bahasa melayu.kalau tak faham,baru buku bahasa melayu dirujuk.sesetengah ayat,lebih cantik disusun dalam bahasa arab berbanding selepas diterjemah kepada bahasa melayu.
*****
Hinggalah 13 Jun 2009.
Satu berita yang sangat sedih.Dr Fathi Yakan telah kembali ke pangkuan ilahi ketika beliau berumur 76 tahun. berikutan implikasi penyakit yang dialaminya.pasti kami semua sangat merasai kehilangan beliau.
Moga ruh almarhum Dr Fathi Yakan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para Syuhada’.
*****
Kenyataan Rasmi dari Pejabat Sheikh Fathi Yakan, yang telah dipaparkan di website rasmi beliau :
Sesungguhnya mata-mata menjadi basah bergenang, hati-hati menjadi sedih dan pilu di atas pemergian Sheikh Fathi. Dan kami tidak akan mengucapkan kata-kata melainkan apa yang diredhai Tuhan kami.
Kami mengumumkan kepada anda sekalian berita kewafatan Daiyah Islami Agung, mantan Amin ‘Am Jama’ah Islamiyah Lubnan, Presiden Pakatan Amal Islami Lubnan Dr Fathi Yakan Rahimahullahu Taala di Hosptal Otel Deo, Beirut berikutan implikasi penyakit yang dialaminya.
- – - – - -
Majlis Perwakilan Rakyat Lubnan
Darul Fatwa Tarablus dan Shimal
Ikatan Ulama’ Islami Antarabangsa
Jemaah Ikhwan Muslim seluruh dunia
Pakatan Amal Islami Lubnan
Gerakan Kesatuan Islam
Yayasan Kebajikan Islami Antarabangsa
Pertubuhan-pertubuhan Taman Asuhan
Pertubuhan Pendidikan Islami
Ikatan Wanita-wanita Islam
Ahli Keluarga Yakan dan Keluarga Hadad
..ditujukan kepada anda semua semoga ditambah perasaan redha dan tunduk kepada ketentuan Allah, dan menyerahkan urusan kepadaNya semata-mata.
Dr Fathi Yakan, mantan Na’ib Jemaah Islami Lubnan
Isteri : Dr Muna Hadad
Adik-beradik : Majdi Yakan, Sa’di Yakan
Anak lelaki : Salim (dan isterinya Yakanah Amin Yakan)
Anak-anak perempuan : Iman, A’isyah, Jinan, Raabi’ah
Sepupu : Dr Sofwah, Engineer Tholal, Dr Safwan, Mukhtar Haytham, Waliyuddin Yakan
Ipar (adik beradik isteri) : Almarhum Dr Mazhar, Mustafa, Munzir, Engineer Nazih Hadad
Ayah : Almarhum Sheikh Amin Yakan
Menantu-menantu lelaki : Prof Basim Naji, Engineer Abdul Majid Hadad, Dr Ammar Yakan, Prof Mahyuddin Hadad
Anak-anak saudara : Dr Ammar, Engineer Basim, Prof Ziyad, Prof Muhammad Yakan
Cucu-cucu : Dr Fadhilah, Muna, Sarah, Nur Naji, Muhammad, Bilal Hadad, Muna Hadad, Hamzah Basha, Jamaanah, Nour, Husam, Dhiya’, Adam Yakan, ‘Umar, ‘Adnan, Aiman Hadad, Amani Hadad, Muna, Jida’ Yakan, Batul Yakan.
Solat ke atas jenazah Almarhum Sheikh akan dilangsungkan selepas Asar, Ahad (21 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 14 Jun 2009) di Masjid Thinal, dan akan disemadikan di tanah perkuburan keluarga di Bab Ar-Raml.
Majlis Takziah sebelum pengebumian akan diadakan di Abi Samra’, Banguna Seolah Menengah Al-Jinan
Untuk tetamu lelaki juga akan diadakan majlis yang sama pada hari kedua dan ketiga selepas pengebumian bermula jam 10 pagi sehingga 1 tengahari, selepas Asar sehingga Maghrib.
Untuk tetamu wanita pula akan diadakan selepas itu sehingga seminggu selepas pengebumian, pada waktu pagi (jam 10 pagi hingga 1 tengahari).
- – - – - -
Kenyataan ini dicopy-paste dari emel yahoogroups Alumni SMIH JB,selepas diterjemah oleh Salman Abdul Rahman.
*****
|1988 – 2009| Muhammad Ammar bin Zulkifli
-Almarhum Ammar Zulkifli-
Saya tidak berapa rapat dengan Akh Ammar.seingat saya,baru sekali saya pernah berjumpa dengan beliau.musim sejuk hari tu di rumah Bawabah Thaniah,hayyu ‘asyir,cairo.Ammar datang nak ziarah Syazwan yang cedera sebab kemalangan.sekejap je pun beliau datang.tak sempat saya nak ta’aruf dan sembang2 panjang.dia kata ada hal lain.itulah kali terakhir saya jumpa beliau.walaupun tak berapa mengenali,kehilangan beliau amat dirasai.
tadi baca berita,jenazah Ammar selamat dikebumikan.moga beliau damai di sana.
Buat rakan2 yang lain,Saif,Fitri,Aman dan Eckm.moga antum semua terus kuat dan tabah atas musibah yang berlaku.antum semua berniat baik.mungkin banyak hikmah atas ketetapan Allah ini.
Aman dan Eckm,moga kecederaan yang dialami cepat sembuh.dan dapat sambung semula kehidupan seharian dengan baik.Syafakumullah~
-Arwah Ammar bersama adik2nya-
Gambar2 ini saya ambil dari fotopages beliau.
- – - – -
quote dari blog beliau
“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.
Laksana anak-anak akhirat…melihat dunia dari jendela akhirat”
-Ammar Zulkifli-
http://kalam-puncak.blogspot.com
*****
Baik Dr Fathi Yakan,mahupun Akhi Ammar Zulkifli.mereka telah mencipta kematian mereka dengan pengakhiran yang baik.mereka cemerlang dari sudut syakhsiah dan meninggalkan teladan yang baik.
Pemergian mereka memberi kesan yg besar buat kami semua.
Tugas mereka sudah selesai.bagaimana pula dengan kita yang masih mampu menghirup udara segar hingga ke hari ini?
+wallahua’lam+




Jun 15, 2009 pada 11:14 am
berhentilah menangisi pemergian mereka kerana kerja ini masih belum selesai.
Jun 15, 2009 pada 5:19 pm
Semoga arwah dirahmati.
Rahmat pemergian mereka dirasai, kita menjunjung dan terus mendukung perjuangan itu..
Jun 16, 2009 pada 5:01 pm
…salam utk saif dan sahabat2
jua buat munawwar, selamat bercuti
Jun 16, 2009 pada 8:08 pm
acap : kami merasai kehilangan.bukan menangisi.
Akmal hakim : mudah2an.syukran sudi ziarah.
Pak im : syukran pak im=)
Jun 17, 2009 pada 6:41 am
patah tumbuh nta ganti.boleh?
Jun 17, 2009 pada 7:53 am
ramai yg akan mengganti InsyaAllah.
Jun 17, 2009 pada 8:13 am
ana pun pernah bjumpa dgn arwah ammar sekali saja.. masa kem selepas form5..
tapi pemergiannya merupakan pengajaran buat kita..
bahawa kita perlu terus berjuang atas jln ini, semoga pengakhiran kita sepertinya, dlm husnul khatimah, insyaAllah..
mudah-mudahan dgn syahidnya seorang mujahid bernama ammar zul, akan wujud lg 10org sepertinya, insyaAllah…
_Ruqayyah_
-ps: boleh ana link page nta?
Jun 17, 2009 pada 8:26 am
ruqayyah : InsyaAllah mudah2an.kenangan sekali berjumpa dengan arwah tu la kita akan ingat sampai bila2.kehilangan arwah memang terlalu banyak beri pengajaran buat kita semua.
sila2..page nti pun ana memang dah linkkan kat blog ana ni.
Jun 20, 2009 pada 1:22 am
semoga semangat dia bersama kita.
Jun 21, 2009 pada 8:22 am
ana baru perasan ana pernah bertemu arwah bila baca entri anta ni..time dia ziarah syazwan ana ade sekali..moga kita yg masih hidup ini mencontohi kebaikan2 yg ada pada arwah..setiap yg bernyawa pasti akan merasi mati..
Jun 21, 2009 pada 10:17 am
acapmin : mudah2an
haidar/asad : haa..yela nta ade skali.mase tu kan kite baru lepas tengok2 blog die.
Jun 25, 2009 pada 4:41 am
mereka pergi..dan mengajar kita erti standard