Balik Malaysia?
Bismillah..
Hari ni,genap dua minggu blog ni terbiar.seminggu kat cairo memang takde peluang nak update.sebelum turun cairo hari tu pun ade merancang nak update,tapi internet pulak tak menentu.hilang terus mood nak menulis.
Taufik dengan Iqbal dah seminggu lebih ade kat sini.dengan 2 lagi ikhwah UK,Saufi dgn Adam.dekat 2 tahun tak jumpa.bila dah jumpa, macam2 cerita yang keluar.kisah kat sekolah,dalam kelas dulu,kat matriks,cerita pasal mesir,pasal sheffield..macam2 lagi la.semua macam dulu lagi.tak berubah pun.
Bila turun cairo, nampak Saif dah ceria macam biasa.lagi2 bila kami dapat berkumpul ramai2 masa majlis akad nikah Zaizul.Alhamdulillah..
-lama tak jumpa ramai2,jangan jeles kami kumpul kat Cairo=)-
Qamarul takde dalam gambar ni sebab dia dah masuk kategori lain.siapa yang masih “single” je bole masuk bergambar.hehe..
**********
Belum terlambat lagi rasanya nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Akh Zaizul Irsyadi b. Zaman, yang selamat diijabkabulkan pada hari Khamis lepas (25 Jun 2009) di ARMA.
Moga perkahwinan ini banyak menyumbang untuk dakwah di bumi Mesir ini.
-gambar kenangan bersama Zaizul-
Akan datang,ada 2 lagi ikhwah yang akan diijabkabulkan,
Akh Salman Al-Farisi Selamat – 25 Julai 2009 di Selangor,Malaysia
Akh Farhan Fadhil – 1 Ogos 2009 di Selangor,Malaysia.
-Moga semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
***********
Di kesempatan ni jugak,saya nak ucapkan Tahniah buat Akh Shuhaib Ar-Rumy Selamat dan Ukht Uswah Hasanah Abdul Halim,kerana selamat menerima seorang cahaya mata lelaki pagi semalam(28 Jun 2009),di Cairo.dengar2 baby 3 kg lebih.mudah2an rijal yang baru dilahirkan ini terus sihat dan bakal menjadi pewaris risalah satu hari nanti,InsyaAllah.
Sekarang ni tengok status Abg Shuhaib kat YM ade tulis ~Abu Yahya.nak namakan baby Yahya ke? haa..itu kena tunggu pengumuman rasmi la dari si ayah.
-Yahya bin Shuhaib Ar-Rumy-
Ada post khas untuk Yahya bin Shuhaib Ar-Rumy kat sini
Sebelum lupa,Tahniah juga buat Ust Mus’ab dan Ummu Hamzah yg juga menerima ahli keluarga baru,pada 21 Jun 2009 yg lepas..lahirnya Soffiyyah di Mansurah membuatkan Hamzah dah jadi abang sekarang ni.dah tak boleh manja2 sangat dah.hehe..
-Soffiyah bt Mus’ab-
Juga ade post khas untuk Soffiyah bt Mus’ab.sila la baca kat sini.
***********
Cuti.
Musim cuti ni,ramai yang dah merancang nak buat apa.ade yang nak stay mesir,ade yg balik malaysia.
saya nak balik Malaysia?
-iklan di bawah rumah-
balik?
.
.
tak balik?
.
.
balik?
.
.
tak balik?
.
.
tak kot..





Jun 30, 2009 pada 12:14 am
blik lah….
Jun 30, 2009 pada 12:50 am
nanti la.
Jun 30, 2009 pada 1:48 pm
Munawar, baliklah………..Kaherah. Boleh tumpang rumah ana.
Jun 30, 2009 pada 4:11 pm
bilal : hahaha..nak balik kaherah la ni.bukan setakat rumah ana nak tumpang,nak tumpang bilik sekali bole?
Julai 1, 2009 pada 1:43 am
balikla nawai..ikh johor perlukan khidmat enta.
tp kalo mesir lebih memerlukan…stay je smpi 4 thn.
tahniah utk semua yg menempa kejayaan~sama2 tumpang kegembiraan.
Julai 1, 2009 pada 8:54 am
alaaa mun…ana baru ingat anta nak blk…tgk tajuk terus bukak..hehehe
Julai 2, 2009 pada 4:17 pm
mfmf/ust farhan : ermm..tgk la dulu paan.rasenye tak balik dulu kot.tapi cam seronok gak spend waktu cuti dengan ikhwah2 kat sini.
mabruk paan..nanti nak tengok gambar walimah enta=)
Ahmad long : hehehe..menjadi jugak taktik ana supaya ramai yg bace post ni.tgk la mad..ade rezeki balik la insyaAllah…
Julai 8, 2009 pada 4:49 pm
tak yah balek lah..
kalau balek pon..sian kat mak ayah nak jemput kat KLIA je
hehe
Julai 10, 2009 pada 12:17 pm
asslmkm syeikh..
x yah balik malaysia,
baik kita jumpa kat mesir nanti..
eheh..
p/s : saya lagi dua minggu, berangkat la ke mesir..insyallah..
Julai 14, 2009 pada 9:48 pm
thaaqhib : yela tu cik thaaqhib ooii..balik sini tak bawak kueh raya kang,siap la!!!
syahidd : wsalam..ana memang tak balik kot..nak dtg sini? wah,best2..ade rezeki bole la jumpe..
Julai 15, 2009 pada 6:39 am
ngaa.stay je.kasi ana makin rindu kat nta.nanti da habis,balik,boleh lepas rindu puaspuas.takde nak kena patah balik sana lagi kan.takde nak frust nonggeng kalau tak sempat nak jumpa nta kalau nta da balik sana balik.ngaa.
Julai 15, 2009 pada 7:42 am
cap : haha..biar betul cap..ok2,ade rezeki kite jumpe kat mesia nnt..kite konvoi reramai jalan2 satu jb bole?
Julai 15, 2009 pada 1:51 pm
boleh je.ngaa.jom kumpul duit.ngaa.
Ogos 17, 2009 pada 12:35 am
balik jom…..