Bismillah.kali ni,2 benda nak cerita.ikut turutan ye.
Mula2.
Selamat pulang ke tanah air buat Ust Siroj dan zaujah,Dr Nik Nabihah.ust Siroj a.k.a ust Atan bukan balik cuti ye,tapi balik habis.zaujah ust atan pun dah habis study.kalau tak silap,dah empat tahun ust Atan kat mesir ni.memang banyak la kenangan kami kat sini bersama beliau.
Ust Atan yang sentiasa smart ni memang kelakar.memang terkenal dengan lawak selambanye.kemahiran beliau memang banyak.gunting rambut,bertukang,ganti lampu rosak,masak,bancuh teh nipis(nama lain,teh kesihatan..sebab kurang pekat dan kurang manis,tapi sedap tu),dan macam2 lagi la.saya pun tak pasti,sempat tak beliau mewariskan kemahiran2 ni kat ikhwah2 yang lain.tapi,sebelum2 ni,memang banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi ust Atan untuk kami yang masih baru di bumi mesir ni.
Ust Atan juga ikhwah dirasat pertama yang kahwin dengan akhwat medic=)
Flight Ust Atan jam 4.50 pagi,20 hb Julai(isnin) hari tu,Egypt Air.sekitar jam 1 pagi,kami menaiki tremco yang ditempah beramai2 menuju ke terminal 3,cairo airport.terminal baru ni,memang cantik.macam KLIA dah(yeke??)
Lepas nasyidkan lagu Rabithah untuk ust atan,bergambar,dan salam2 semua,Ust Atan dan zaujahnye pun terus masuk ke tempat check-in.jadi,berpisah lah kami.Moga ust Atan selamat sampai ke tanah air(padahal dah lama dah sampai..hehe),dan terus thabat untuk beramal di medan yang sebenar di tanah air,bumi Malaysia tercinta.
so,ade sikit gambar kat airport.
Ust Atan segak berkemeja.khai sebok je..haha
antara ikhwah2 yang ke airport.ade yang sampai ngantuk2 tunggu tempat check-in dibuka.
kalau balik berdua,barang2 haruslah banyak.lagi2 balik habis.
Selamat pulang ke tanah air buat Ust Atan dan zaujah.ada rezeki,kita jumpa lagi di Malaysia ye~.
* * * * * * * * * * *
kedua.
Selamat Pengantin Baru buat Akhi Irfan Salmi dan Ukhtie Nafisah Abdul Rahim.
mereka selamat diijabkabulkan pada 21 hb Julai | Selasa lepas di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK/ARMA).
haa,satu lagi sejarah baru.Irfan ikhwah medic pertama yang kahwin dengan akhwat dirasat.Mabruk buat Irfan.moga kombinasi ini mampu memberi manfaat yang besar buat dakwah di bumi Mesir ini.
Walimah kali ni,diserikan lagi dengan kehadiran Ibu dan Ayah Irfan,dan Ibu pengantin perempuan.baru kali ni ada bunga telur,first time ni.(seronok bungkus bunga telur kat pejabat,sampai naik jemu terpaksa makan telus yang retak..retak sendiri tau,bukan saje2 kami retakkan.huhu)
Masa tulis post untuk walimah Zaizul,Irfan tak buat pengumuman lagi.ingatkan ade tiga walimah je musim panas ni,rupa2nya ade empat.dua kat Mesir,2 kat Malaysia.
Barakallahulakum buat semua ikhwah dan akhwat yang dah selamat dan yang akan mendirikan rumah tangga.
Sikit gambar dari kamera Ust Ramadan ketika walimah berlangsung.~
ni dia Ust Ramadhan.anugerah2 kat blog ni,die la yang bagi.
pengantin segak berbaju melayu pink.
dari pengantin perempuan
“uzawwijuka..” (akad dalam bahasa arab)
banyak kali irfan berlatih sebelum ni.
Alhamdulillah,selamat dah.
yang pakai baju batik merah ni,pegawai Negeri Sembilan kalau tak silap.
kami pun nak tengok juge=)
selesai majlis akad.
Irfan tukar baju untuk majlis dalam dewan.tempah khas tu dari Malaysia.
~Untuk majlis dalam dewan,tak banyak pulak gambar nye.banyak kat kamera Anas Ghazali,tapi entah bile la boleh dapat. Mudah2an enta bahagia hingga ke syurga fan=)
* * * * * * * * * * *
~Jumpa Lagi Ust Siroj & Mabruk Irfan~
|20 & 21 Julai 2009 |






























