warna-warni PMPI ‘09
Marsa Matruh
Terletak 290 km ke arah Barat Iskandariah,yang mana jaraknya dari Kaherah adalah sejauh 524 km.ianya terdampar di tebing Mediterranean dan dikenali dengan persisiran pantai sepanjang 7 km,di mana para pengunjung mengklasifikasikannya antara pantai tercantik di dunia.
Pantainya terkenal dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang tenang serta jernih,juga bangunan batu-bata sebagai pemecah ombak semulajadi yang menjadikannya lebih mempesonakan.
Antara tempat2 menarik :-
1. Pantai Ageeba
terletak 28 km di sebelah Barat Marsa Matruh.Ianya diindahkan dengan pemandangan yang cukup menarik di tambah dengan batu2 yang unik di sekelilingnya.
2. Pantai Al-Abyad
Terletak 20 km di sebelah Barat Marsa Matruh.terkenal dengan pasir pantai yang putih (Al-Abyad) dan halus yang mampu menawan para pengunjung.
3. Hamam Cleopatra
Bangunan batu-bata yang terletak di persisiran pantai.
(gambar ini mendapat tempat ke-3,pertandingan fotografi kategori gambar pemandangan)
*****
Sejarah
1. Sejak zaman pemerintahan Firaun lagi,padang pasir di bahagian barat dan lembahnya di bahagian utara telah menarik perhatian orang2 Mesir di wadi Nil dan juga perhatian dunia seluruhnya. kesan2 sejarah yang terdapat di pelbagai tempat sepanjang lembah barat menjadi saksi bagi perkara tersebut.di Siwa,terdapat Kuil Amon dan Kuil Ramsis kedua di kampung (Ummu Rokhm) yang dibina pada zaman keluarga Firaun ke-26.
2. Iskandar Akbar telah berjalan menuju ke Siwa untuk menyatakan kesetiaannya terhadap tuhan Amon,tuhan penduduk Mesir.ia bertujuan mendapat keredhaan penduduk Mesir terhadap pemeritahannya.lalu dia pun berhenti di Bandar Marsa Matruh yang sekarang dan mengarahkan supaya dibina bandar di situ.pembinaan pun dimulakan lalu dinamakan sepanjang zaman pemerintahannya (Amonia) sebagai sandaran kepada tuhan Amon.kemudian,pada zaman “Albatolimah” dengan nama (Paratunium) kemudian dengan nama (Marsa Matruh).
3. Wilayah lembah barat laut merupakan satu kebun pada zaman Greek dan Rom.gedung2 dan parit2 Rom yang wujud hingga sekarang digunakan untuk menempatkan air minuman.
4. Marsa Matruh telah menyaksikan satu fasa daripada kisah cinta Cleopatra dan Mark Antonio.Cleopatra telah membina sebuah istana yang ditemui bersebelahan dengan “Hammam”nya yang masyhur yang berhampiran dengan bandar Marsa Matruh.
5. Tentera umat Islam pernah berjalan (selepas Islam membuka Afrika) dari Morocco ke Sepanyol dan selatan Eropah untuk menyebarkan cahaya Islam melalui wilayah ini.
6. Perang dunia paling sengit pernah berlaku di atas pasir2 Negeri Matruh,iaitu perang Alamain yang menentukan pengakhiran peperangan.
7. Negeri Matruh merupakan pintu gerbang negara Mesir dari Morocco dan merupakan penghubung diantara Morocco dan Asia.juga merupakan tempat persinggahan bagi orang yang melintasi dari timur dan barat.
******
Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir
(PMPI ‘09)
| Warnai Hidupmu Dalam Ikatan Persaudaraan |
Jumaat malam- 3 Julai ‘09
Kali ni,3 buah bas akan membawa kami ke Marsa Matruh.sekitar 100 lebih bilangan peserta dan AJK sudah mula menampakkan muka di lapangan bersebelahan Pejabat ISMA-Mesir,hayyu ‘asyir jam 9.00 malam.kami akan bertolak pada malam hari,dan dijadual sampai Marsa Matruh keesokan paginya.
awal2 lagi,kami para peserta sudah dibahagikan kepada 10 kumpulan:
( Riang | Gembira | Harmoni | Mesra | Ceria | Ramah | Santun | Sopan | Senyum | Budiman )
best kan nama kumpulan kali ni?
saya ditempatkan dalam kumpulan RAMAH bersama 8 ikhwah yang lain.
+ Ust Mizi (ketua kumpulan) – Syariah Islamiah,Tanta
+ Ust Rifai’e – Syariah Islamiah,Dumyat
+ Ust Husain – Qiraat,Syoubra
+ Ust Hanif – Qiraat,Syoubra
+ Ust Munawwar – Syariah Islamiah,Tanta
+ Dr Syafiq – Perubatan, Cairo University
+ Dr Nasya – Perubatan, Cairo University
+ Dr Rusydi Ali – Perubatan, Cairo University
+ Dr Anas Yusoh – Perubatan,Al-Azhar Kaherah
-sebelum bertolak-
Dengan bertemakan baju warna biru untuk aktiviti2 sepanjang program,dan riben kumpulan warna coklat,Alhamdulillah kumpulan RAMAH dapat melalui semuanya dengan baik.
sangat banyak kenangan bersama kawan2 dalam kumpulan ini.walaupun ada yang di antara kami baru pertama kali berjumpa.4 malam,4 hari kami bersama.
masak,makan,berbincang,kongsi pendapat,melompat,tahajjud,gelak,ketawa,tazkirah,aktiviti indoor,outdoor,BBQ,kalah menang semuanya bersama.memang banyak kalau nak senarai semua.
-di Ageeba-
(gambar ini antara 10 terbaik pertandingan fotografi kategori gambar ceria)
untuk keseluruhan,Kumpulan RAMAH ditempat ke-6.mungkin antara kami ada yang sedikit kecewa.tapi takpe,apa yang penting menang hadaf.seperti motto kumpulan kami “Menang kalah tak penting,yang penting capai hadaf”.
walaupun ditempat ke-6,saya tetap bangga dengan kumpulan RAMAH.dalam banyak2 pertandingan,kami berjaya menjuarai beberapa aktiviti,
- Bola Jaring Air(sama je macam polo air) walaupun beberapa kali tertelan air masin.
- Kuiz indoor,walaupun awal2nye kumpulan kami macam dah nak kalah.tapi pada pengakhiran kuiz,kumpulan RAMAH satu2nya kumpulan yang menang pertaruhan.
- Pentas Budaya.kami digandingkan bersama kumpulan SANTUN mempersembahkan sebuah teater “Superhero” ilham Dr Anas Yusoh, dan sebuah nasyid yang dicipta khas salah seorang ahli kumpulan SANTUN.siapa lagi kalau bukan Muawwidz.sangat enjoy~
.
.
.
PMPI ‘09 lebih santai berbanding tahun lepas.kali ini lebih banyak berjalan.Marsa Matruh memang tersangat tenang dan cantik.sejak dari Malaysia lagi saya menyimpan hasrat untuk ke sini selepas mendengar cerita dari ex-Ikhwah Mesir.Syukur diberi izin oleh-NYA untuk menjejakkan kaki ke sini.
cuma satu je agak terkilan..saya tak sempat untuk berkunjung ke “Suq Libya” (Pasar Libya)…tersangat jeles bila tengok ikhwah2 lain memborong kurma badam dgn kurma cokelat,baju2 yang smart dari pasar ini..huuuu~mudah2an ade rezeki lagi lepas ni untuk bertandang sekali lagi ke Marsa Matruh,InsyaAllah.
Kalau saya rajin,InsyaAllah akan diupload lagi gambar2 sepanjang PMPI ‘09 di entri yang lain untuk dikongsi bersama.sekarang masih dalam proses mengumpul gambar.
(siapa hebat,cuba kira kami di dalamĀ gambar ni berapa orang?)
.
.
.
~ Ada banyak cara untuk mengabadikan kenangan di sesuatu tempat,
kami memilih untuk berukhuwwah ~
| Marsa Matruh 3 – 7 Julai 2009 |
habis.
+Wallahua’lam+







Julai 18, 2009 pada 7:56 am
teknik gabung da salah.habis la.ni jadi orang gemuk ke orang tua?ngaa.
Julai 18, 2009 pada 7:57 am
best seh program korang.nanti balik malaysia buat 1 eh.
Julai 18, 2009 pada 11:11 pm
salam ust munawwar.
walaupun pmpi dah abis, tp kenangannya masih segar di ingatan.
mabruk kerana berkongsi tentang pmpi.
tulis la lagi…4 hari 4 malam…takkan satu post aje.
selamat berukhuwah!
Julai 19, 2009 pada 12:52 am
acap : yeke salah cap..hehe..kitorang pun tak tau gabung jadi ape..jadi superkuat la kot..
best ke? buat ape tunggu balik mesia..nta la dtg sini,join program kat sini..bole?
ust os : rase mcm semalam baru abes PMPI=( ape2pun tahniah buat ust os sebagai pengarah PMPI 09 dan Ajk2 yg lain,kerana berjaya menjalankan tugas antum dengan baik..tepuk tangan sket..hehe
nnt la,kalao rajen ana buat post lagi pasal PMPI..nak gambar n video dari lensa Ajk!!!!
Ogos 4, 2009 pada 3:50 pm
satu ana x puas hati.
ust miji jadik goalkeeper. masa main bola air
uh
Ogos 7, 2009 pada 1:15 pm
itu namanye taktik qib..haha