Arkib untuk Ogos, 2009

Kenangan Ramadhan

Posted in Diari, Family, Mesir on Ogos 22, 2009 by Munawwar

Bismillah..

Tadi baru je sahur dengan ahli bait.

1 Ramadhan bertandang semula.beberapa ketika sebelum maghrib petang semalam,satu laungan dari masjid berkumandang memberitahu ada kematian di desa Siberbay ini.Masya-Allah,walaupun Ramadhan akan menjengah lebih kurang 1 jam saja lagi,masih ada yang tidak berkesempatan bertemu dengannya.

Alhamdulillah saya masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun ni~

* * * * * * * * * *

Ramadhan  kali ni,ramai rakan2 yang sudah pulang dan akan pulang ke tanah air untuk berpuasa bersama keluarga.tapi,masih belum ada kesempatan untuk saya berpuasa bersama keluarga tercinta.mujur saya ada abang,kakak dan adik di sini.dapat lah saya mencurahkan sedikit rindu yang sedang membuak2 di dada.

Petang semalam,1 mesej saya taip untuk Abah dan Mama,

“Salam.selamat menyambut bulan Ramadhan,moga Ramadhan kali ni yang terbaik buat kita =) salam rindu dari nawai buat semua”

Mama balas,

“Iya,marhaban ya Ramadhan,semoga Allah kurnia kekuatan untuk kita mampu merebut segala mutiara berharga kurniaan Allah.doakan Mama”

Abah pulak balas,

“Jzkk atas ucapan,kami di sini juga mengucapkan selamat beramal dengan penuh ikhlas dan khusyu’ di bulan yang penuh barakah ini..salam rindu dari sini”

mama + abah

-Mama dan Abah tersayang-

* * * * * * * * * *

*-Kenangan sambut Ramadhan bersama keluarga-*

Dulu,setiap kali tibanya maghrib 1 Ramadhan,Mama akan pastikan semua anak2 nya dah mula buka Al-quran.setiap hari akan ditanya dah sampai juz berapa.paling kurang,satu hari mesti habis satu juz.siapa yang tak habis 1 juz,siap2 lah untuk kena marah.berlumba2 kami adik beradik untuk habis dulu.

masjid-utm

-masjid UTM,gambar ni di search dari google-

Setiap malam,Abah akan bawa kami ke masjid UTM untuk solat terawih.kami yang lelaki wajib pergi.kadang2 je yang perempuan ikut sekali.bacaan yang lancar serta berlagu dari imam2 muda di masjid ini yang membuatkan kami sering ke sana hampir setiap malam.

Dalam perjalanan pulang dari masjid UTM ke rumah,Abah mesti singgah kedai untuk beli Cornflakes atau Koko Crunch dan susu fresh dalam kotak untuk di buat sahur.ada bijirin2 ni,baru lah adik2 ada mood untuk sahur.kalau tak,masing2 muka masam menghadap nasi.

Biasanya,lepas asar mama akan mula masuk dapur.bersiap2 untuk siapkan juadah berbuka.yang perempuan mesti kena tolong sekali.Abah pulak akan bawa adik2 ke bazar Ramadhan.cari sedikit kuih muih dan menu tambahan untuk memeriahkan lagi juadah berbuka.dalam banyak2 menu,setiap hari Abah mesti beli rojak.

sekitar 15 minit lagi nak berbuka,kami sekeluarga akan berkumpul di dapur.inilah saat paling manis.berkumpul bersama keluarga tersayang.juadah2 sudah siap dihidang.radio dipasang untuk dengar azan.sebab kawasan rumah kami suara azan dari masjid tidak berapa jelas.

bila azan maghrib berkumandang je,kami sama2 akan berbuka.Allah je yang tau,betapa seronoknya dapat berbuka bersama2 keluarga.adik2 yang dapat puasa penuh satu hari,mesti akan dapat pujian.bila dah kena puji,makin semangat la diorang nak puasa esoknya pulak.

10 malam akhir Ramadhan.Abah akan bawa kami yang lelaki untuk beri’tikaf di masjid UTM.selepas terawih kami akan pulang dulu ke rumah,dan kembali ke masjid sekitar jam 2 atau 3 pagi.setiap kali sampai di masjid,akan kelihatan ramai pakcik2 dan anak2 mereka sudah mengambil tempat untuk sama2 beri’tikaf.sebelum subuh,kami akan pulang ke rumah semula untuk bersahur.

2 atau 3 hari sebelum raya,kami sekeluarga akan pulang ke kampung.biasanya,Abah dan Mama akan ambil peluang untuk bersembang dengan anak2 sepanjang perjalanan menuju ke kampung.berjalan jauh mampu mengeratkan lagi  hubungan kami sekeluarga.

DSCN0076

-Along-

DSCN0295

-kami berempat di Mesir-

Wo.wo.wo.blek kg..

-adik2 kat rumah..Ammar,Afiqah,Lubna,Basyirah-

* * * * * * * * * *

*-Ramadhan ‘06,tak sempat terawih di masjid UTM-*

Puasa kali ni,saya lalui bersama rakan2 di Ipoh.kerana peperiksaan STAM berlangsung sepanjang bulan Ramadhan.hinggalah hari ke 26 Ramadhan kalau tak silap,baru saya pulang ke Johor.tapi,pagi saya sampai,petang tu kami bertolak ke kampung.tak sempat merasa untuk berbuka di rumah,dan solat terawih serta i’tikaf di masjid UTM.

DSCN1514

-di ipoh,nak gi berbuka kat rumah Muallim Najib-

DSCN1532

-rumah Muallim Najib-

*-Ramadhan ‘07 | ‘08 | ‘09…di bumi Mesir-*

sangat hidup Ramadhan di Mesir.menyambut Ramadhan di sini seperti menyambut raya di Malaysia.walaupun seronok,keluarga tetap dirindui.

takpe,2 tahun je lagi.InsyaAllah~

IMG_0472

-Ramadhan ‘07-

IMG_4233

-Ramadhan ‘08-

* * * * * * * * * *

Untuk Ramadhan kali ni,sama2 lah kita berlumba2 mengutip mutiara yang disediakan Allah SWT.mudah2an dosa2 kita yang terdahulu diampunkan,dan kita semua dapat mengejar malam lailatulqadar.

Ikhwah2 semua,kalau solat tahajud tu,jangan lupa doakan ana sekali ya! =)

Buat Abah,Mama,Along dan adik2..teruskan lah imarahkan rumah kita dengan bacaan Quran,tahajjud,witir dan amalan2 lain.moga segenap penjuru rumah dipenuhi para Malaikat yang akan mengira pahala berganda kita.Nawai sangat2 rindu nak berpuasa dan berbuka kat rumah.doakan kami di sini~

Syahdunya=)

DSC01916

-Usaid senyum..saje je letak gambar ni,takde motif pun..hehe-

(rambut kita sama la Usaid..kan,kan?)

Taqabbalallah,minna wa minkum.

ps : kadang2,air mata lelaki pun mudah je nak jatuh.

+wallahua’lam+

Seminggu lagi

Posted in Diari, ISMA Mesir, Mesir on Ogos 13, 2009 by Munawwar

Bismilllah.

Lebih kurang seminggu je lagi “Ramadhan” akan bertandang kembali.apa persiapan kita nak sambut tetamu agung yang menjengah setahun sekali je ni?

atau mungkin kita tak sempat nak bertemu dengan bulan yang sentiasa dirindui para Sahabat ni.

sesetengah orang,jika disebut Ramadhan,apa yang bermain di fikirannya juadah berbuka puasa dan Bazar Ramadhan sahaja.kalau boleh setiap hari nak berbuka lain2 menu.setiap kali waktu sahur habis,dalam kepala dah terbayang menu untuk berbuka.ibadah2 lain,diambil ringan sahaja.

sesetengah yang lain pula,bila Ramadhan disebut,kemeriahan beribadah yang terbayang.diletakkan target supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas2.tilawah Al-quran,i’tikaf,qiamullail dan amal2 yang lain semuanya digandakan berbanding di bulan2 lain.Ramadhan baginya adalah satu madrasah.

di mana kita?

hari ini,ramai yang tidak berkesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan.satu satu dijemput Allah SWT.lebih syahdu jika mereka yang tidak disangka2 pergi meninggalkan kita.mungkin mereka juga telah melakukan persiapan untuk menyambut Ramadhan.tapi,sudah tidak ada rezeki.

satu peringatan buat kita yang masih mampu bernafas.perbanyakkan doa.mudah2an kita berkesempatan untuk bertemu dengan tetamu yang sangat agung,bulan Ramadhan yang mulia.

Madrasah Ramadhan akan dibuka.

Allahumma Ballighna Ramadhan~

* * * * * * * * * * *

Bola.

Tahun ni,banyak pertandingan bola sepak yang tak sempat nak join berbanding dengan tahun lepas.stamina rase macam dah berkurangan je..

nasib baik ada pertandingan “Futsal Piala ISMA-Mesir” sabtu lepas.sikit sebanyak dapatlah lepaskan geram untuk menyepak bola.tempat pun best kat Hayyu Sadis nun.tempat yang selalu ikhwah2 Cairo menyepak bola tak teragak2 sampai banyak kali terkeluar pagar..hehe..

ade lah sikit gambar masa pertandingan tu..tak banyak pun..

DSC01850

keputusan penuh.ade 6 kumpulan,5 kali lawan untuk setiap kumpulan.nampak tak team mane yang menag tu?..ehehe

DSC01865

Suhail,ketua team High Flyer tengah ambik hamper untuk JOHAN.

DSC00145

yeaay!! kami JOHAN kali ni.4 kali menang 1 kali kalah.

Alhamdulillah~berbaloi lah Idin pergi cari jersi warna kelabu ni jauh2 kat Atabah.

ini je lah gambar yang ade.tu pun bluetooth dari handphone Haidar.banyak2 gambar ade kat Anas,entah bile la bole dapat..hehe..

ps : jangan ade yang nak buat2 silau ye bile tengok gambar last tuh..huh!

+Wallahua’lam+

2 tahun sudah

Posted in Diari, Mesir on Ogos 6, 2009 by Munawwar

DSC_5258

-Al-Azhar,Tanta-

Sebenarnya,dari hari tu lagi nak buat entri ni.tapi tiba2 natijah tahun 3 Al-Azhar Tanta keluar dulu selasa lepas.oleh kerana sangat risau takut2 natijah tahun 2 pulak keluar,terus cancel hasrat nak menaip kat blog ni,dan nak tangguh lepas natijah keluar.sangat tak tenang tunggu natijah,sampai tidur pun tak berapa nak lena.menunggu natijah keluar di Universiti Al-Azhar memang betul2 menguji tahap kerisauan.

Tunggu punya tunggu,natijah tahun 4 keluar dulu isnin lepas.kelmarin barulah result tahun 2 dengan tahun 1 keluar.macam2 reaksi terpancar.ada yang gembira,tak kurang juga yang kecewa dan sedih.apa2pun ini semua ketentuan ilahi.banyak hikmah yang tersirat kat situ kan.

Alhamdulillah,berkat doa dari semua,saya dapat naik ke tahun 3.tapi kena bawa 2 subjek ke tahun depan.walaupun agak kecewa,saya tetap bersyukur.nak kena usaha lebih la untuk tahun 3 nanti.

Natijah dah keluar,boleh la teruskan apa yang tertangguh hari tu.

* * * * * * * * * *

| 25 Julai ‘07 – 25 Julai ‘09 |

DSCN6466

-bergambar dengan muallim2 di KLIA sebelum fly 25 julai 07-

IMG_0049

-ni dengan rakan2 ikhwah Hidayah Johor..syahdunye bila tengok balik gambar ni.huu-

pejam celik,dah genap 2 tahun saya di Ardhul Kinanah ni.2 tahun jugak la saya tak menjejakkan kaki di tanah air tercinta.mungkin Skudai dah bertambah maju dah sekarang ni.dulu masa ambil STAM kat Ipoh,kalau 2 bulan tak balik Skudai,cukup lama dah tu.bila cuti panjang,terus pergi cari tiket kat Medan Gopeng.pastu kalau nak balik Ipoh,mesti beli tiket lewat sikit.ponteng kelas sehari dua.kalau Mu’allim tanya kenapa balik lewat,cakap tiket habis.ramai je yang buat camni.hehe…yelah,nak lepaskan rindu lama2 kat rumah kan.

*flashback sikit sebelum sampai Mesir*

Masa di tingkatan 4 lagi saya dah tekad nak ke Mesir.tapi sebelum saya ambil STAM,ramai yang promote supaya saya ke tempat lain selain Mesir.Abah cadangkan untuk ke satu negara arab ni.ada beberapa ustazah kat SMIH pulak syorkan pergi negara arab yang satu lagi ni.antara alasan yang dipakai,abang dan kakak saya dah ada kat Mesir nun,apa kata cuba tempat lain pulak.

bila dibanding2kan,memang betul.banyak aspek yang Mesir agak ketinggalan daripada 2 lagi negara arab ni.dari segi sistematik,kebersihan,bahasa pertuturan seharian dan lain2,memang Mesir tertinggal ke belakang.sampai satu ketika,pernah saya berbelah bagi dan terdetik untuk ke negara yang Abah cadangkan.

Sampailah satu hari,satu mesej saya terima.lebih kurang camni,..

“Salam,enta jadi ambil STAM tak.harapan ana tinggi pada enta untuk ambil STAM”

mesej ni dari salah seorang ikhwah batch pertama STAM Hidayah Ipoh.belum sempat hati ni nak lupakan hasrat ke bumi firaun,terus bersemangat balik nak jejakkan kaki ke bumi Nabi Musa.sangat bermakna mesej ni.lebih2 lagi bila Saif dengan Anas pun nak ke Mesir untuk buat Medic.

Mungkin Allah dah aturkan supaya saya sampai ke sini.awal2 dulu,memang kadang2 terasa sedikit menyesal tak ikut cadangan untuk ke negara yang lagi 2 tu.tapi bila dah lama2,bila dah macam2 program tarbawi yang saya lalui bersama ikhwah2 kat sini,rupa2nya ada satu perkara kat Mesir yang memang tak dapat dibandingkan dengan kat tempat2 lain.

susah nak digambarkan perkara tu.tapi Alhamdulillah saya berpeluang untuk merasai.apa yang saya belajar sedikit demi sedikit di sekolah dulu lebih terpandu sekarang ni.dan apa yang cuba saya fahamkan lebih jelas saat ini.mungkin saya tak akan dapat perkara ni jika saya tidak ke Mesir.

so,tak pelik lah kalau ada ikhwah pernah bagitau sebelum ni,..

“ana dah jumpa dah kat sini apa yang ana cari selama ni”

sebab tu ikhwah2 lama Mesir ramai yang aktif dan laju untuk beramal di tanah air sekarang ni.mudah2an kami yang masih baru disini dapat sama2 ikut jejak langkah mereka untuk menyumbang kepada masyarakat di Malaysia.moga kita semua tergolong dalam “kaum yang beramal”,InsyaAllah.

sebenarnye,disebalik debu dan timbunan sampah kat Mesir,tersimpan beribu2 mutiara yang sangat mahal.tapi kalau nak,kita yang kena cari.mutiara ni takkan datang bergolek sendiri.bila kita dah mula jumpa,terasa beruntung sangat berpeluang ke sini.

2 tahun,masih belum cukup lagi.satu tempoh yang masih awal.mudah2an Allah permudahkan setiap langkah yang bakal diatur di bumi barakah ini di hari2 yang mendatang.Robbuna yusahhil~.

DSCN6688

-2007-

IMG_5789

-2009-

ade ape2 perubahan tak? tetap same..

+wallahua’lam+

Mabruk lagi.

Posted in Baby, Kahwin, Mesir on Ogos 5, 2009 by Munawwar

Salam.

Sekarang ni masih lagi musim kahwin dan dapat baby.jadi nak ucap Mabruk dan Tahniah kepada beberapa ikhwah.

* * * * * * * * * *

1# Akh Salman Al-Farisi dan zaujah,Dr Fatimah yang selamat diijabkabulkan pada 25 Julai yang lepas.satu lagi kombinasi Ikhwah dirasat dan Akhawat medic=)

FS_resepsi689

-Majlis di Shah Alam Royal Club pada 25 Julai-

gambar diambil dari blog Awiz

20895854

-Majlis di Shah Alam pada 1 Ogos-

gambar diambil dari http://zieza.fotopages.com

* * * * * * * * * *

2# Akh Farhan Fadhil dan zaujah,Ukht Hafizah yang selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos yang lepas.

Farhan dan Hafizah Merpati 2 sejoli

-Majlis di Kg. Melayu Subang,Selangor-

gambar diambil dari http://hanyluz.blogspot.com

Majlis belah lelaki 8 Ogos ni di Ipoh.

ps : paan,sori letak gambar nta kawen tak mintak izin dulu..hehe

* * * * * * * * * *

3# Buat Ust Abdullah Hussen dan zaujah yang selamat menerima cahaya mata perempuan pada 28 Julai yg lepas.baby dah ada nama dah,..Maryam.

IMG_4013

dah jadi “Abi” dah Ust Lah kite =)

IMG_4077

“nama kite Maryam tau!”

-nak tengok gambar lagi ada kat blog Ust Lah-

* * * * * * * * * *

Kesimpulannya?

Sesiapa yang dah merancang nak tukar status tak lama lagi tu,mudah2an dipermudahkan la ye..=)

Barakallahu lakum~