2 tahun sudah
-Al-Azhar,Tanta-
Sebenarnya,dari hari tu lagi nak buat entri ni.tapi tiba2 natijah tahun 3 Al-Azhar Tanta keluar dulu selasa lepas.oleh kerana sangat risau takut2 natijah tahun 2 pulak keluar,terus cancel hasrat nak menaip kat blog ni,dan nak tangguh lepas natijah keluar.sangat tak tenang tunggu natijah,sampai tidur pun tak berapa nak lena.menunggu natijah keluar di Universiti Al-Azhar memang betul2 menguji tahap kerisauan.
Tunggu punya tunggu,natijah tahun 4 keluar dulu isnin lepas.kelmarin barulah result tahun 2 dengan tahun 1 keluar.macam2 reaksi terpancar.ada yang gembira,tak kurang juga yang kecewa dan sedih.apa2pun ini semua ketentuan ilahi.banyak hikmah yang tersirat kat situ kan.
Alhamdulillah,berkat doa dari semua,saya dapat naik ke tahun 3.tapi kena bawa 2 subjek ke tahun depan.walaupun agak kecewa,saya tetap bersyukur.nak kena usaha lebih la untuk tahun 3 nanti.
Natijah dah keluar,boleh la teruskan apa yang tertangguh hari tu.
* * * * * * * * * *
| 25 Julai ‘07 – 25 Julai ‘09 |
-bergambar dengan muallim2 di KLIA sebelum fly 25 julai 07-
-ni dengan rakan2 ikhwah Hidayah Johor..syahdunye bila tengok balik gambar ni.huu-
pejam celik,dah genap 2 tahun saya di Ardhul Kinanah ni.2 tahun jugak la saya tak menjejakkan kaki di tanah air tercinta.mungkin Skudai dah bertambah maju dah sekarang ni.dulu masa ambil STAM kat Ipoh,kalau 2 bulan tak balik Skudai,cukup lama dah tu.bila cuti panjang,terus pergi cari tiket kat Medan Gopeng.pastu kalau nak balik Ipoh,mesti beli tiket lewat sikit.ponteng kelas sehari dua.kalau Mu’allim tanya kenapa balik lewat,cakap tiket habis.ramai je yang buat camni.hehe…yelah,nak lepaskan rindu lama2 kat rumah kan.
*flashback sikit sebelum sampai Mesir*
Masa di tingkatan 4 lagi saya dah tekad nak ke Mesir.tapi sebelum saya ambil STAM,ramai yang promote supaya saya ke tempat lain selain Mesir.Abah cadangkan untuk ke satu negara arab ni.ada beberapa ustazah kat SMIH pulak syorkan pergi negara arab yang satu lagi ni.antara alasan yang dipakai,abang dan kakak saya dah ada kat Mesir nun,apa kata cuba tempat lain pulak.
bila dibanding2kan,memang betul.banyak aspek yang Mesir agak ketinggalan daripada 2 lagi negara arab ni.dari segi sistematik,kebersihan,bahasa pertuturan seharian dan lain2,memang Mesir tertinggal ke belakang.sampai satu ketika,pernah saya berbelah bagi dan terdetik untuk ke negara yang Abah cadangkan.
Sampailah satu hari,satu mesej saya terima.lebih kurang camni,..
“Salam,enta jadi ambil STAM tak.harapan ana tinggi pada enta untuk ambil STAM”
mesej ni dari salah seorang ikhwah batch pertama STAM Hidayah Ipoh.belum sempat hati ni nak lupakan hasrat ke bumi firaun,terus bersemangat balik nak jejakkan kaki ke bumi Nabi Musa.sangat bermakna mesej ni.lebih2 lagi bila Saif dengan Anas pun nak ke Mesir untuk buat Medic.
Mungkin Allah dah aturkan supaya saya sampai ke sini.awal2 dulu,memang kadang2 terasa sedikit menyesal tak ikut cadangan untuk ke negara yang lagi 2 tu.tapi bila dah lama2,bila dah macam2 program tarbawi yang saya lalui bersama ikhwah2 kat sini,rupa2nya ada satu perkara kat Mesir yang memang tak dapat dibandingkan dengan kat tempat2 lain.
susah nak digambarkan perkara tu.tapi Alhamdulillah saya berpeluang untuk merasai.apa yang saya belajar sedikit demi sedikit di sekolah dulu lebih terpandu sekarang ni.dan apa yang cuba saya fahamkan lebih jelas saat ini.mungkin saya tak akan dapat perkara ni jika saya tidak ke Mesir.
so,tak pelik lah kalau ada ikhwah pernah bagitau sebelum ni,..
“ana dah jumpa dah kat sini apa yang ana cari selama ni”
sebab tu ikhwah2 lama Mesir ramai yang aktif dan laju untuk beramal di tanah air sekarang ni.mudah2an kami yang masih baru disini dapat sama2 ikut jejak langkah mereka untuk menyumbang kepada masyarakat di Malaysia.moga kita semua tergolong dalam “kaum yang beramal”,InsyaAllah.
sebenarnye,disebalik debu dan timbunan sampah kat Mesir,tersimpan beribu2 mutiara yang sangat mahal.tapi kalau nak,kita yang kena cari.mutiara ni takkan datang bergolek sendiri.bila kita dah mula jumpa,terasa beruntung sangat berpeluang ke sini.
2 tahun,masih belum cukup lagi.satu tempoh yang masih awal.mudah2an Allah permudahkan setiap langkah yang bakal diatur di bumi barakah ini di hari2 yang mendatang.Robbuna yusahhil~.
-2007-
-2009-
ade ape2 perubahan tak? tetap same..
+wallahua’lam+





Ogos 7, 2009 pada 10:16 am
hurm…lagi 2 thn nak abes…then sambung laa master sini…. jadi tok sheikh…
jgn balik2…last2 ajar j cop….adus…. tu ana pon boleh..hehhe…
..
rabbuna yusahhil…rabbuna ma’ak
Ogos 7, 2009 pada 1:09 pm
tengok la dulu nak sambung master kat mane.ade cadang2 gak nak tukar angin kat tempat lain..hehe..
JQAF(jawi,quran,fardu ‘ain) la sep.bukan j cop.huhu
Ogos 8, 2009 pada 6:11 am
haha.ana pun baru tahu maksud JQAF tu.
Ogos 9, 2009 pada 8:29 am
selamba saip!
Ogos 12, 2009 pada 5:14 am
tu la pasal..haha
Ogos 13, 2009 pada 12:05 pm
E -Book terbaru percuma Meniti Kesempurnaan Iman oleh Habib Munzir al-Musawa – Majelis Rasulullah
Klik untuk download : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/meniti_kesempurnaan_iman.pdf