Arkib Pengarang

Konvo ‘09

Posted in Diari, Family, Mesir on Oktober 29, 2009 by Munawwar

Salam.

Lama betul tak update.maaf~

Ahad lepas saya berkesempatan untuk mengiringi abang dan kakak saya di Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar Malaysia di Al-Azhar Conference Centre(ACC).

Sangat meriah.

Setinggi2 tahniah,Alfu Mabruk buat semua mereka yang berjaya bergelar graduan universiti tertua dunia.pasti pengalaman melalui sistem pembelajaran yang klasik akan menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan.

Moga segulung ijazah yang berjaya digenggam,akan dimanfaatkan sebaik2nya untuk manfaat bersama.

Buat ikhwah dan akhwat,terutama abang dan kakak saya,Salman & Nazihah,moga kejayaan ini mengukuhkan lagi platform kalian dalam tarbiyah dan juga dakwah.

Doakan kami yang masih lagi berjuang di bumi kinanah ini ye.

So,ada sikit gambar yang sempat di snap masa Majlis Konvokesyen Al-Azhar untuk Graduan Malaysia di Al-Azhar Conference Centre(ACC).

* * * * * * * * * *

2

berempat

6

Lagu kebangsaan Mesir dan lagu Negaraku dinyanyikan.

Penyampai scroll,Syeikh Ali Abdul Baqi,wakil Syeikh Tantawi yang tak dapat hadir.

7

kami jadi pengiring je,2 tahun lagi kami konvo InsyaAllah =)

8

Salman Abdul Rahman.

Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah.

9

Nazihah Abdul Rahman.

Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Tafsir.

14

Ijazah apa pulak la yang si Hamzah ni dapat.cuba la tanye die sendiri.

13

Ceria lepas dah dapat scroll.

15

Berempat lagi + Hamzah

18

baling baling..

19

baling baling jugak..

21

para graduan sibuk bergambar.

(selamba je ambik gambar orang senyap2)

* * * * * * * * *

okeh,itu je dulu kot kali ni.rasa macam tak sabar pulak nak merasa konvo.huhu~

+Wallahua’lam+

Syawal yang penuh Barakah.

Posted in Diari, Family, Mesir on September 27, 2009 by Munawwar

Bismillah.

Syukur,masih lagi diberi kesempatan untuk melalui hari2 Ramadhan hingga ke penghujungnya.cuma Ramadhan kali ni,hanya 3 hari saya di Cairo,sehari di Mansurah dan bakinya di Tanta.apa pun,moga semua amal2 kita di bulan Ramadhan tinggi nilaiannya di sisi Allah SWT,tak kira di mana kita berada.Taqabbalallahu minna wa minkum~

* * * * * * * * * *

Macam2 cerita Raya di Cairo kali ni.

1 Syawal

Pagi ni,kami akan solat sunat Aidilfitri di Masjid Salam,Hayyu ‘Asyir.memang kebiasaan orang arab kat sini solat raya awal,jam 6 pagi.kami di bayt Bawwabah Thaniah sedang bersiap2 dengan baju melayu dan jubah masing2.sambil bersarapan nasi impit cicah kuah kacang dengan rendang ayam yang dimasak malam tadi,ada ikhwah yang mengingatkan jangan lewat sangat keluar rumah,takut terlepas solat raya.

Tapi biasalah,masih ada lagi yang lambat2 keluar rumah.bersolek2 persis anak dara..kami buat andaian,mungkin pukul 6 baru mula kumpul dan bertakbir raya.pukul 6.20 kot baru mula solat.saya keluar rumah jam 6.15 pagi bersama sorang lagi ikhwah berjubah putih.saya macam biasalah,macam 2 kali Aidilfitri sebelum ni,berbaju melayu biru arwah Datuk,dengan sampin belang yang mama packing kan sebelum fly dulu.

Sampai di perkarangan masjid,kelihatan sorang makcik Arab memakai abaya hitam berlari2 menuju ke masjid bersama ahli keluarganya yang lain.kami jadi pelik,kenapa semua orang berlari2 ni.tiba2,sayup2 kedengaran suara imam bertakbiratul ihram tujuh kali.laaah,patutlah semua berlari.dah mula solat.apa lagi,lintang pukang kami berdua berlari macam atlit sukan olimpik.disebabkan kawasan sekitar masjid semuanya dah penuh,terpaksalah kami solat atas pembahagi jalan yang bertanah.

Imam dah selesai baca surah Al-Fatihah.sedang saya nak takbiratul ihram,tiba2 ikhwah yang bersama saya tadi bersuara,

“ehh,kotor la kat sini.ana pakai jubah putih ni.lupa pulak nak bawak sejadah tadi”

“habis tu nak alas pakai apa?”,saya tanya balik ikhwah tadi.

“err,sampin nta tu macam lawa je..best jugak kalau buat sejadah”,balas dia.

“emmm..emmm..bole la”,disebabkan dah buntu sangat.terpaksa jugak korbankan sampin..huhu.

“semoga Allah membalas”,bisik ikhwah tadi ke telinga saya.

dah elok2 saya bentangkan sampin kat atas pembahagi jalan ni,satu lagi masalah timbul.

“ni kita masbuq ni nak kena takbir tujuh kali jugak ke atau sekali je?”,saya bertanya.

“entah,nta rasa bape kali?”,kami dua2 bingung.

“err..berapa kali ek? bantai je la sekali je..tak sempat ni nak buat tujuh kali”,saya pun tak tau yang sebenarnya macam mana.so,keluarlah ijtihad kami buat sekali je takbiratul ihram.

(lebih kurang macam tu la dialog mesyuarat ringkas kami sebelum mula solat raya)

Selesai imam bagi salam,saya terus bangun dan mengebas2 sampin yang sedikit kotor untuk disarung semula.belum sempat saya nak pakai sampin,imam buat pengumuman ada jenazah untuk disolatkan.saya sangkutkan sampin tadi ke bahu,dan tunaikan solat sunat jenazah bersama para jemaah yang lain.lepas tu,baru lah dapat sarungkan sampin balik.

Usai solat jenazah,Imam bingkas bangkit dan berkhutbah dengan penuh bertenaga.hebat isi khutbah beliau.penuh ma’ani dan istifadah..sebelum pulang semula ke bayt Bawwabah Thaniah untuk sambung bersarapan bersama ikhwah2 yang lain,sempat juga kami bergambar sakan di depan Masjid Salam,sambil bermaaf-maafan.Aidilfitri kali ni,diserikan lagi dengan kehadiran 6 orang ikhwah medic dari Bangalore,India.

Sesampai kat rumah Bawwabah Thaniah,ada cerita lagi best yang saya dengar.ada ikhwah yang keluar rumah lambat tak sempat nak solat raya,tapi sempat solat jenazah je.diorang sendiri tak sedar yang diorang tengah solat jenazah.tengah duk kira dah takbiratul ihram berapa kali,diorang jadi pelik kenapa imam bagi salam lepas takbiratul ihram yang keempat..last2 baru tau,solat jenazah rupa2nya.haha..kelakar kelakar.

Lepas selesai bersarapan,kami semua bersiap2 untuk ke Jamuan Raya anjuran JPMK di ARMA/Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).memang sungguh ramai pelajar2 Malaysia dari seluruh pelusuk Mesir yang berkumpul kat sini.tak kira pelajar medic atau pelajar dirasat.memang meriah.

lagi best,dapat jumpa Ust Shahiddan dari Morocco..

Balik dari ARMA,baru lah kami ke open house yang lain.

ade la sikit gambar masa Raya pertama..

DSC01894

Pagi Aidilfitri,lepas solat raya.

divider

kat atas pembahagi jalan ni la tempat kami solat raya..

IMG_0094

“Kami berempat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin buat Abah,Mama,Along dan adik2 di tanah air.sambil makan lemang,ketupat,rendang tu jangan lupa kami di sini ye =)”

DSC00173

Majlis Sambutan Hari Raya di ARMA..ramai sungguh rakyat mesia yang berkumpul kat sini.

DSC00317

Beraya di Zamalek.

* * * * * * * * * *

2 Syawal

Pagi ni,baru saya sempat nak call family di Malaysia.masa saya call,mereka semua di Ipoh.sehari sebelum raya,Abah ada bagitau yang diorang eksiden masa on the way ke Ipoh.kereta rosak teruk sampai terpaksa ganti dengan kereta workshop.tapi,sangat sangat lega bila Abah bagitau yang semuanya ok,takde yang cedera.masa call pun semuanya ceria je.Abah,mama,adik2 semuanya happy je kat telefon.rindu betul saya kat mereka semua.sampai ade ikhwah yang pelik tengok saya tergelak2,tersengih2,tersenyum2 masa call family.hehe..yelah,siapa tak seronok bila family semua ceria kan? =)

banyak rumah2 negeri yang buat jamuan raya hari ni.tapi tak sempat nak pergi semua.dapat pergi Rumah Kedah je kat Hayyu Sabie’.sebelum tu ke rumah Akh Salman Al-Farisi yang baru kat Nadi Sikah.berbondong2 kami datang,punya lah ramai.ade la jugak sikit gambar..tapi kat rumah Kedah takde pulak gambar.

21092009177

di rumah Akh Salman Al-Farisi

DSC00031

masa call family,adik saya ade tanya,rambut dah tumbuh belum? haa..dah tumbuh dah tu kan..

* * * * * * * * * * *

3 Syawal

Masih banyak lagi rumah2 negeri yang buat open house.tapi satu pun tak sempat nak pergi.yang sempat nak pergi cuma 2 rumah ikhwah kat sekitar Hayyu ‘Asyir ni je.rumah Dr Irfan Salmi kat belakang rumah Pahang,dengan rumah Bawwabah Thaniah.takde pulak gambar untuk raya ketiga ni..

* * * * * * * * * *

4 Syawal

Hari ni makan mee sup di open house rumah Tooba Ramly.open house ni anjuran bersama 2 buah rumah.rumah Tooba Ramly dan rumah Gami’e.sangat sedap mee sup dia.tiga kali saya tambah.baru je saya nak tambah untuk kali keempat,ada ikhwah ajak temankan dia ke Suq(pasar) ‘Asyir.nak beli bahan2 untuk majlis Sambutan Aidilfitri ISMA-Mesir(SAFI) yang akan diadakan pada esok hari(raya ke-5) bertempat di Rumah Johor kat Raba’ah.

20 kg bawang besar,20 kg timun,5 kg lobak merah,dan 5 kg lada merah yang kami beli di Suq ‘Asyir.memang untung la pakcik yang jual sayur hari tu.dari lepas asar hingga ke tengah malam kami habiskan masa,rewang untuk siapkan juadah majlis SAFI.gambar untuk raya keempat pun takde jugak..huhu.

* * * * * * * * * *

5 Syawal

Hari ni ada majlis SAFI.jadi,awal2 pagi lagi kami sudah ke Rumah Johor di Raba’ah.persiapan awal harus dilakukan supaya majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.majlis yang bermula dari jam 10 pagi,Alhamdulillah berjalan dengan baik hingga ke jam 4.30 petang.ramai tetamu dari kalangan pelajar yang hadir.kehadiran beberapa VIP seperti Pengarah JPMK,Dr Jamil Hashim,pegawai2 rumah negeri,pegawai2 JPA,dan lain2 turut memeriahkan majlis.sekitar 400 orang tetamu ikhwah dan akhawat yang bergilir2 bertandang ke majlis SAFI kali ini.

ada satu gambar je..

DSC00317 (1)

banyak lagi gambar sebenarnye,tapi kat kamera orang lain..tak tau la bile boleh dapat..

* * * * * * * * * * *

Habis je majlis SAFI,terus balik Tanta malam tu.kalau kat Malaysia,Raya mungkin meriah sebab bersama family..tapi kat Mesir ni,Raya jadi meriah dengan ikhwah2 di sisi.masing2 ada keseronokan masing2.tak tau lagi bila saya dapat beraya dengan family kat Malaysia.InsyaAllah,mudah2an diberi kesempatan lagi.yang penting,nak kena habiskan dulu belajar kat Uni. Al-Azhar ni..wuhuuu~

macam tu lah cerita Raya kali ni.moga Syawal kali ini penuh barakah dari-NYA.sekian =)

ps : nak tengok macamana kanak2 Arab beraya?

DSC02003

diorang main tembak2 guna senapang dengan pistol.

Salam Aidilfitri 1430H

Posted in Diari, Family, Mesir on September 19, 2009 by Munawwar

Bismillah..

raya

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H,Maaf Zahir & Batin kepada ,

1) Keluarga tercinta di tanah air…Abah,Mama,Along,Pikah,Ciah,Amai,Lubna.[nawai mintak maaf sangat2 sebab tak dapat nak balik beraya sama2 kat Mesia tahun ni.balik kampung nanti jangan lupa kami berempat disini]..

buat keluarga tersayang yang bersama2 di sini..Anya,Kak Yang,Nina[nanti kita jumpa kat Cairo pagi raya ye]

juga buat sanak saudara,mak sedara,ayah sedara belah Mama dan belah Abah.

2) Ikhwah seperjuangan di Mesir..yang balik Malaysia[selamat menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta,mesti best kan?..huhu.nak balik sini nanti jangan lupa bawak kuih raya banyak2]

yang tak balik Malaysia[nanti kita masak ketupat plastik banyak2,dengan rendang.hari tu ikhwah baru ade bawak perencah adabi kan?kalau takde,kita masak kuah kacang je la yer..huuu.yang dah bergelar mutazawwij tu,jangan lupa buat open house =)]

3) Rakan2 Ikhwah di Mesia..buat sevenians a.k.a G7 smih[sori la,ana tak balik tahun ni.tak dapat la nak konvoi kutip duit raya dengan korang semua..yang dah nak buat walimah pun,maaf la tak dapat nak datang..nanti kalau ade rezeki untuk ana balik,kita outing reramai yer..hehe]

juga buat geng2 KRJ,especially Pak Im..[selamat beraya bersama family,hati2 drive kereta tu]

4) Ustaz Ustazah,Muallim Muallimah yang pernah mengajar saya di Hidayah Johor dan di Al-Hidayah Ipoh.

5) Pembaca setia blog ni (cewaah!) ,rakan2 blog,silent reader,..[maaf sebab saya jarang update]

6) Sesiapa yang mengenali diri ini..[sape2 je lah yer =) ]

Moga2 kita semua tergolong bersama “Al-Faiziin” di bulan Ramadhan yang berlalu pergi.Taqabbalallah Minna Wa Minkum~

* * * * * * * * * *

Hmmm..betul2 rindu nak beraya kat Mesia.

Kg ku..mlake

kampungku kat Melaka yang menghijau.(ceh,pandai amai posing kat belakang tu)

Copy of PA010190

sebahagian dari family Hj. Osman Said masa solat raya tahun lepas di Masjid Alor Gajah.

Sembng2 rye..

family di ipoh..ni pun raya tahun lepas.kat rumah Ayah Teh(rumah Hilman)..arwah Atuk berserban putih.

* * * * * * * * * * *

“Dalam dingin subuh hatiku terusik,

Kenang nasib diri di rantauan,

Bergema takbir raya menitis air mata,

Terbayang suasana permai desa..”

Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf

ps : Aidilfitri ke-3 di bumi Mesir ni.huhu~

Kenangan Ramadhan

Posted in Diari, Family, Mesir on Ogos 22, 2009 by Munawwar

Bismillah..

Tadi baru je sahur dengan ahli bait.

1 Ramadhan bertandang semula.beberapa ketika sebelum maghrib petang semalam,satu laungan dari masjid berkumandang memberitahu ada kematian di desa Siberbay ini.Masya-Allah,walaupun Ramadhan akan menjengah lebih kurang 1 jam saja lagi,masih ada yang tidak berkesempatan bertemu dengannya.

Alhamdulillah saya masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun ni~

* * * * * * * * * *

Ramadhan  kali ni,ramai rakan2 yang sudah pulang dan akan pulang ke tanah air untuk berpuasa bersama keluarga.tapi,masih belum ada kesempatan untuk saya berpuasa bersama keluarga tercinta.mujur saya ada abang,kakak dan adik di sini.dapat lah saya mencurahkan sedikit rindu yang sedang membuak2 di dada.

Petang semalam,1 mesej saya taip untuk Abah dan Mama,

“Salam.selamat menyambut bulan Ramadhan,moga Ramadhan kali ni yang terbaik buat kita =) salam rindu dari nawai buat semua”

Mama balas,

“Iya,marhaban ya Ramadhan,semoga Allah kurnia kekuatan untuk kita mampu merebut segala mutiara berharga kurniaan Allah.doakan Mama”

Abah pulak balas,

“Jzkk atas ucapan,kami di sini juga mengucapkan selamat beramal dengan penuh ikhlas dan khusyu’ di bulan yang penuh barakah ini..salam rindu dari sini”

mama + abah

-Mama dan Abah tersayang-

* * * * * * * * * *

*-Kenangan sambut Ramadhan bersama keluarga-*

Dulu,setiap kali tibanya maghrib 1 Ramadhan,Mama akan pastikan semua anak2 nya dah mula buka Al-quran.setiap hari akan ditanya dah sampai juz berapa.paling kurang,satu hari mesti habis satu juz.siapa yang tak habis 1 juz,siap2 lah untuk kena marah.berlumba2 kami adik beradik untuk habis dulu.

masjid-utm

-masjid UTM,gambar ni di search dari google-

Setiap malam,Abah akan bawa kami ke masjid UTM untuk solat terawih.kami yang lelaki wajib pergi.kadang2 je yang perempuan ikut sekali.bacaan yang lancar serta berlagu dari imam2 muda di masjid ini yang membuatkan kami sering ke sana hampir setiap malam.

Dalam perjalanan pulang dari masjid UTM ke rumah,Abah mesti singgah kedai untuk beli Cornflakes atau Koko Crunch dan susu fresh dalam kotak untuk di buat sahur.ada bijirin2 ni,baru lah adik2 ada mood untuk sahur.kalau tak,masing2 muka masam menghadap nasi.

Biasanya,lepas asar mama akan mula masuk dapur.bersiap2 untuk siapkan juadah berbuka.yang perempuan mesti kena tolong sekali.Abah pulak akan bawa adik2 ke bazar Ramadhan.cari sedikit kuih muih dan menu tambahan untuk memeriahkan lagi juadah berbuka.dalam banyak2 menu,setiap hari Abah mesti beli rojak.

sekitar 15 minit lagi nak berbuka,kami sekeluarga akan berkumpul di dapur.inilah saat paling manis.berkumpul bersama keluarga tersayang.juadah2 sudah siap dihidang.radio dipasang untuk dengar azan.sebab kawasan rumah kami suara azan dari masjid tidak berapa jelas.

bila azan maghrib berkumandang je,kami sama2 akan berbuka.Allah je yang tau,betapa seronoknya dapat berbuka bersama2 keluarga.adik2 yang dapat puasa penuh satu hari,mesti akan dapat pujian.bila dah kena puji,makin semangat la diorang nak puasa esoknya pulak.

10 malam akhir Ramadhan.Abah akan bawa kami yang lelaki untuk beri’tikaf di masjid UTM.selepas terawih kami akan pulang dulu ke rumah,dan kembali ke masjid sekitar jam 2 atau 3 pagi.setiap kali sampai di masjid,akan kelihatan ramai pakcik2 dan anak2 mereka sudah mengambil tempat untuk sama2 beri’tikaf.sebelum subuh,kami akan pulang ke rumah semula untuk bersahur.

2 atau 3 hari sebelum raya,kami sekeluarga akan pulang ke kampung.biasanya,Abah dan Mama akan ambil peluang untuk bersembang dengan anak2 sepanjang perjalanan menuju ke kampung.berjalan jauh mampu mengeratkan lagi  hubungan kami sekeluarga.

DSCN0076

-Along-

DSCN0295

-kami berempat di Mesir-

Wo.wo.wo.blek kg..

-adik2 kat rumah..Ammar,Afiqah,Lubna,Basyirah-

* * * * * * * * * *

*-Ramadhan ‘06,tak sempat terawih di masjid UTM-*

Puasa kali ni,saya lalui bersama rakan2 di Ipoh.kerana peperiksaan STAM berlangsung sepanjang bulan Ramadhan.hinggalah hari ke 26 Ramadhan kalau tak silap,baru saya pulang ke Johor.tapi,pagi saya sampai,petang tu kami bertolak ke kampung.tak sempat merasa untuk berbuka di rumah,dan solat terawih serta i’tikaf di masjid UTM.

DSCN1514

-di ipoh,nak gi berbuka kat rumah Muallim Najib-

DSCN1532

-rumah Muallim Najib-

*-Ramadhan ‘07 | ‘08 | ‘09…di bumi Mesir-*

sangat hidup Ramadhan di Mesir.menyambut Ramadhan di sini seperti menyambut raya di Malaysia.walaupun seronok,keluarga tetap dirindui.

takpe,2 tahun je lagi.InsyaAllah~

IMG_0472

-Ramadhan ‘07-

IMG_4233

-Ramadhan ‘08-

* * * * * * * * * *

Untuk Ramadhan kali ni,sama2 lah kita berlumba2 mengutip mutiara yang disediakan Allah SWT.mudah2an dosa2 kita yang terdahulu diampunkan,dan kita semua dapat mengejar malam lailatulqadar.

Ikhwah2 semua,kalau solat tahajud tu,jangan lupa doakan ana sekali ya! =)

Buat Abah,Mama,Along dan adik2..teruskan lah imarahkan rumah kita dengan bacaan Quran,tahajjud,witir dan amalan2 lain.moga segenap penjuru rumah dipenuhi para Malaikat yang akan mengira pahala berganda kita.Nawai sangat2 rindu nak berpuasa dan berbuka kat rumah.doakan kami di sini~

Syahdunya=)

DSC01916

-Usaid senyum..saje je letak gambar ni,takde motif pun..hehe-

(rambut kita sama la Usaid..kan,kan?)

Taqabbalallah,minna wa minkum.

ps : kadang2,air mata lelaki pun mudah je nak jatuh.

+wallahua’lam+

Seminggu lagi

Posted in Diari, ISMA Mesir, Mesir on Ogos 13, 2009 by Munawwar

Bismilllah.

Lebih kurang seminggu je lagi “Ramadhan” akan bertandang kembali.apa persiapan kita nak sambut tetamu agung yang menjengah setahun sekali je ni?

atau mungkin kita tak sempat nak bertemu dengan bulan yang sentiasa dirindui para Sahabat ni.

sesetengah orang,jika disebut Ramadhan,apa yang bermain di fikirannya juadah berbuka puasa dan Bazar Ramadhan sahaja.kalau boleh setiap hari nak berbuka lain2 menu.setiap kali waktu sahur habis,dalam kepala dah terbayang menu untuk berbuka.ibadah2 lain,diambil ringan sahaja.

sesetengah yang lain pula,bila Ramadhan disebut,kemeriahan beribadah yang terbayang.diletakkan target supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas2.tilawah Al-quran,i’tikaf,qiamullail dan amal2 yang lain semuanya digandakan berbanding di bulan2 lain.Ramadhan baginya adalah satu madrasah.

di mana kita?

hari ini,ramai yang tidak berkesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan.satu satu dijemput Allah SWT.lebih syahdu jika mereka yang tidak disangka2 pergi meninggalkan kita.mungkin mereka juga telah melakukan persiapan untuk menyambut Ramadhan.tapi,sudah tidak ada rezeki.

satu peringatan buat kita yang masih mampu bernafas.perbanyakkan doa.mudah2an kita berkesempatan untuk bertemu dengan tetamu yang sangat agung,bulan Ramadhan yang mulia.

Madrasah Ramadhan akan dibuka.

Allahumma Ballighna Ramadhan~

* * * * * * * * * * *

Bola.

Tahun ni,banyak pertandingan bola sepak yang tak sempat nak join berbanding dengan tahun lepas.stamina rase macam dah berkurangan je..

nasib baik ada pertandingan “Futsal Piala ISMA-Mesir” sabtu lepas.sikit sebanyak dapatlah lepaskan geram untuk menyepak bola.tempat pun best kat Hayyu Sadis nun.tempat yang selalu ikhwah2 Cairo menyepak bola tak teragak2 sampai banyak kali terkeluar pagar..hehe..

ade lah sikit gambar masa pertandingan tu..tak banyak pun..

DSC01850

keputusan penuh.ade 6 kumpulan,5 kali lawan untuk setiap kumpulan.nampak tak team mane yang menag tu?..ehehe

DSC01865

Suhail,ketua team High Flyer tengah ambik hamper untuk JOHAN.

DSC00145

yeaay!! kami JOHAN kali ni.4 kali menang 1 kali kalah.

Alhamdulillah~berbaloi lah Idin pergi cari jersi warna kelabu ni jauh2 kat Atabah.

ini je lah gambar yang ade.tu pun bluetooth dari handphone Haidar.banyak2 gambar ade kat Anas,entah bile la bole dapat..hehe..

ps : jangan ade yang nak buat2 silau ye bile tengok gambar last tuh..huh!

+Wallahua’lam+

2 tahun sudah

Posted in Diari, Mesir on Ogos 6, 2009 by Munawwar

DSC_5258

-Al-Azhar,Tanta-

Sebenarnya,dari hari tu lagi nak buat entri ni.tapi tiba2 natijah tahun 3 Al-Azhar Tanta keluar dulu selasa lepas.oleh kerana sangat risau takut2 natijah tahun 2 pulak keluar,terus cancel hasrat nak menaip kat blog ni,dan nak tangguh lepas natijah keluar.sangat tak tenang tunggu natijah,sampai tidur pun tak berapa nak lena.menunggu natijah keluar di Universiti Al-Azhar memang betul2 menguji tahap kerisauan.

Tunggu punya tunggu,natijah tahun 4 keluar dulu isnin lepas.kelmarin barulah result tahun 2 dengan tahun 1 keluar.macam2 reaksi terpancar.ada yang gembira,tak kurang juga yang kecewa dan sedih.apa2pun ini semua ketentuan ilahi.banyak hikmah yang tersirat kat situ kan.

Alhamdulillah,berkat doa dari semua,saya dapat naik ke tahun 3.tapi kena bawa 2 subjek ke tahun depan.walaupun agak kecewa,saya tetap bersyukur.nak kena usaha lebih la untuk tahun 3 nanti.

Natijah dah keluar,boleh la teruskan apa yang tertangguh hari tu.

* * * * * * * * * *

| 25 Julai ‘07 – 25 Julai ‘09 |

DSCN6466

-bergambar dengan muallim2 di KLIA sebelum fly 25 julai 07-

IMG_0049

-ni dengan rakan2 ikhwah Hidayah Johor..syahdunye bila tengok balik gambar ni.huu-

pejam celik,dah genap 2 tahun saya di Ardhul Kinanah ni.2 tahun jugak la saya tak menjejakkan kaki di tanah air tercinta.mungkin Skudai dah bertambah maju dah sekarang ni.dulu masa ambil STAM kat Ipoh,kalau 2 bulan tak balik Skudai,cukup lama dah tu.bila cuti panjang,terus pergi cari tiket kat Medan Gopeng.pastu kalau nak balik Ipoh,mesti beli tiket lewat sikit.ponteng kelas sehari dua.kalau Mu’allim tanya kenapa balik lewat,cakap tiket habis.ramai je yang buat camni.hehe…yelah,nak lepaskan rindu lama2 kat rumah kan.

*flashback sikit sebelum sampai Mesir*

Masa di tingkatan 4 lagi saya dah tekad nak ke Mesir.tapi sebelum saya ambil STAM,ramai yang promote supaya saya ke tempat lain selain Mesir.Abah cadangkan untuk ke satu negara arab ni.ada beberapa ustazah kat SMIH pulak syorkan pergi negara arab yang satu lagi ni.antara alasan yang dipakai,abang dan kakak saya dah ada kat Mesir nun,apa kata cuba tempat lain pulak.

bila dibanding2kan,memang betul.banyak aspek yang Mesir agak ketinggalan daripada 2 lagi negara arab ni.dari segi sistematik,kebersihan,bahasa pertuturan seharian dan lain2,memang Mesir tertinggal ke belakang.sampai satu ketika,pernah saya berbelah bagi dan terdetik untuk ke negara yang Abah cadangkan.

Sampailah satu hari,satu mesej saya terima.lebih kurang camni,..

“Salam,enta jadi ambil STAM tak.harapan ana tinggi pada enta untuk ambil STAM”

mesej ni dari salah seorang ikhwah batch pertama STAM Hidayah Ipoh.belum sempat hati ni nak lupakan hasrat ke bumi firaun,terus bersemangat balik nak jejakkan kaki ke bumi Nabi Musa.sangat bermakna mesej ni.lebih2 lagi bila Saif dengan Anas pun nak ke Mesir untuk buat Medic.

Mungkin Allah dah aturkan supaya saya sampai ke sini.awal2 dulu,memang kadang2 terasa sedikit menyesal tak ikut cadangan untuk ke negara yang lagi 2 tu.tapi bila dah lama2,bila dah macam2 program tarbawi yang saya lalui bersama ikhwah2 kat sini,rupa2nya ada satu perkara kat Mesir yang memang tak dapat dibandingkan dengan kat tempat2 lain.

susah nak digambarkan perkara tu.tapi Alhamdulillah saya berpeluang untuk merasai.apa yang saya belajar sedikit demi sedikit di sekolah dulu lebih terpandu sekarang ni.dan apa yang cuba saya fahamkan lebih jelas saat ini.mungkin saya tak akan dapat perkara ni jika saya tidak ke Mesir.

so,tak pelik lah kalau ada ikhwah pernah bagitau sebelum ni,..

“ana dah jumpa dah kat sini apa yang ana cari selama ni”

sebab tu ikhwah2 lama Mesir ramai yang aktif dan laju untuk beramal di tanah air sekarang ni.mudah2an kami yang masih baru disini dapat sama2 ikut jejak langkah mereka untuk menyumbang kepada masyarakat di Malaysia.moga kita semua tergolong dalam “kaum yang beramal”,InsyaAllah.

sebenarnye,disebalik debu dan timbunan sampah kat Mesir,tersimpan beribu2 mutiara yang sangat mahal.tapi kalau nak,kita yang kena cari.mutiara ni takkan datang bergolek sendiri.bila kita dah mula jumpa,terasa beruntung sangat berpeluang ke sini.

2 tahun,masih belum cukup lagi.satu tempoh yang masih awal.mudah2an Allah permudahkan setiap langkah yang bakal diatur di bumi barakah ini di hari2 yang mendatang.Robbuna yusahhil~.

DSCN6688

-2007-

IMG_5789

-2009-

ade ape2 perubahan tak? tetap same..

+wallahua’lam+

Mabruk lagi.

Posted in Baby, Kahwin, Mesir on Ogos 5, 2009 by Munawwar

Salam.

Sekarang ni masih lagi musim kahwin dan dapat baby.jadi nak ucap Mabruk dan Tahniah kepada beberapa ikhwah.

* * * * * * * * * *

1# Akh Salman Al-Farisi dan zaujah,Dr Fatimah yang selamat diijabkabulkan pada 25 Julai yang lepas.satu lagi kombinasi Ikhwah dirasat dan Akhawat medic=)

FS_resepsi689

-Majlis di Shah Alam Royal Club pada 25 Julai-

gambar diambil dari blog Awiz

20895854

-Majlis di Shah Alam pada 1 Ogos-

gambar diambil dari http://zieza.fotopages.com

* * * * * * * * * *

2# Akh Farhan Fadhil dan zaujah,Ukht Hafizah yang selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos yang lepas.

Farhan dan Hafizah Merpati 2 sejoli

-Majlis di Kg. Melayu Subang,Selangor-

gambar diambil dari http://hanyluz.blogspot.com

Majlis belah lelaki 8 Ogos ni di Ipoh.

ps : paan,sori letak gambar nta kawen tak mintak izin dulu..hehe

* * * * * * * * * *

3# Buat Ust Abdullah Hussen dan zaujah yang selamat menerima cahaya mata perempuan pada 28 Julai yg lepas.baby dah ada nama dah,..Maryam.

IMG_4013

dah jadi “Abi” dah Ust Lah kite =)

IMG_4077

“nama kite Maryam tau!”

-nak tengok gambar lagi ada kat blog Ust Lah-

* * * * * * * * * *

Kesimpulannya?

Sesiapa yang dah merancang nak tukar status tak lama lagi tu,mudah2an dipermudahkan la ye..=)

Barakallahu lakum~

Jumpa lagi Ust Siroj & Mabruk Irfan

Posted in Kahwin, Mesir on Julai 25, 2009 by Munawwar

Bismillah.kali ni,2 benda nak cerita.ikut turutan ye.

Mula2.

Selamat pulang ke tanah air buat Ust Siroj dan zaujah,Dr Nik Nabihah.ust Siroj a.k.a ust Atan bukan balik cuti ye,tapi balik habis.zaujah ust atan pun dah habis study.kalau tak silap,dah empat tahun ust Atan kat mesir ni.memang banyak la kenangan kami kat sini bersama beliau.

Ust Atan yang sentiasa smart ni memang kelakar.memang terkenal dengan lawak selambanye.kemahiran beliau memang banyak.gunting rambut,bertukang,ganti lampu rosak,masak,bancuh teh nipis(nama lain,teh kesihatan..sebab kurang pekat dan kurang manis,tapi sedap tu),dan macam2 lagi la.saya pun tak pasti,sempat tak beliau mewariskan kemahiran2 ni kat ikhwah2 yang lain.tapi,sebelum2 ni,memang banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi ust Atan untuk kami yang masih baru di bumi mesir ni.

Ust Atan juga ikhwah dirasat pertama yang kahwin dengan akhwat medic=)

Flight Ust Atan jam 4.50 pagi,20 hb Julai(isnin) hari tu,Egypt Air.sekitar jam 1 pagi,kami menaiki tremco yang ditempah beramai2 menuju ke terminal 3,cairo airport.terminal baru ni,memang cantik.macam KLIA dah(yeke??)

Lepas nasyidkan lagu Rabithah untuk ust atan,bergambar,dan salam2 semua,Ust Atan dan zaujahnye pun terus masuk ke tempat check-in.jadi,berpisah lah kami.Moga ust Atan selamat sampai ke tanah air(padahal dah lama dah sampai..hehe),dan terus thabat untuk beramal di medan yang sebenar di tanah air,bumi Malaysia tercinta.

so,ade sikit gambar kat airport.

DSC01043

Ust Atan segak berkemeja.khai sebok je..haha

DSC01745

antara ikhwah2 yang ke airport.ade yang sampai ngantuk2 tunggu tempat check-in dibuka.

DSC01752

kalau balik berdua,barang2 haruslah banyak.lagi2 balik habis.

Selamat pulang ke tanah air buat Ust Atan dan zaujah.ada rezeki,kita jumpa lagi di Malaysia ye~.

* * * * * * * * * * *

kedua.

Selamat Pengantin Baru buat Akhi Irfan Salmi dan Ukhtie Nafisah Abdul Rahim.

mereka selamat diijabkabulkan pada 21 hb Julai | Selasa lepas di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK/ARMA).

haa,satu lagi sejarah baru.Irfan ikhwah medic pertama yang kahwin dengan akhwat dirasat.Mabruk buat Irfan.moga kombinasi ini mampu memberi manfaat yang besar buat dakwah di bumi Mesir ini.

Walimah kali ni,diserikan lagi dengan kehadiran Ibu dan Ayah Irfan,dan Ibu pengantin perempuan.baru kali ni ada bunga telur,first time ni.(seronok bungkus bunga telur kat pejabat,sampai naik jemu terpaksa makan telus yang retak..retak sendiri tau,bukan saje2 kami retakkan.huhu)

Masa tulis post untuk walimah Zaizul,Irfan tak buat pengumuman lagi.ingatkan ade tiga walimah je musim panas ni,rupa2nya ade empat.dua kat Mesir,2 kat Malaysia.

Barakallahulakum buat semua ikhwah dan akhwat yang dah selamat dan yang akan mendirikan rumah tangga.

Sikit gambar dari kamera Ust Ramadan ketika walimah berlangsung.~

walimah irfan

ni dia Ust Ramadhan.anugerah2 kat blog ni,die la yang bagi.

walimah irfan (3)

pengantin segak berbaju melayu pink.

walimah irfan (2)

dari pengantin perempuan

walimah irfan (11)

“uzawwijuka..” (akad dalam bahasa arab)

banyak kali irfan berlatih sebelum ni.

walimah irfan (16)

Alhamdulillah,selamat dah.

walimah irfan (15)

yang pakai baju batik merah ni,pegawai Negeri Sembilan kalau tak silap.

walimah irfan (12)

kami pun nak tengok juge=)

walimah irfan (18)

selesai majlis akad.

21-07-09_1443

Irfan tukar baju untuk majlis dalam dewan.tempah khas tu dari Malaysia.

~Untuk majlis dalam dewan,tak banyak pulak gambar nye.banyak kat kamera Anas Ghazali,tapi entah bile la boleh dapat. Mudah2an enta bahagia hingga ke syurga fan=)

* * * * * * * * * * *

~Jumpa Lagi Ust Siroj & Mabruk Irfan~

|20 & 21 Julai 2009 |

Al-fatihah

Posted in Diari, Family on Julai 20, 2009 by Munawwar

Sabtu 18 Julai 2009.

Berita sedih dari Malaysia buat kami empat beradik di bumi Mesir diterima.Atuk yang kami sayangi telah kembali ke pangkuan ilahi. Pergi buat selamanya,takkan kembali lagi.

1999-2004 , hampir enam tahun Atuk pernah tinggal bersama kami di Johor,sebelum kembali ke rumah adik-beradik Abah yang lain kat Ipoh.memang banyak sangat kenangan yang Atuk tinggalkan kat Johor.ajar anak2 jiran mengaji,tanam sayur2 kat laman rumah,dan macam2 lagi.

Atuk pergi tengahari waktu Malaysia(pagi waktu Mesir).lepas pengkebumian petang tu,Abah ade call.dari nada Abah cakap,saya tau Abah sangat2 sedih.Abah bagitau,Atuk dikebumi kat tanah perkuburan dekat dengan rumah sewa saya masa ambik STAM dulu di Gunung Rapat,Ipoh.ketika saya di Hidayah Ipoh dulu,pernah beberapa kali kami buat slot mengingati mati ketika Program Qiamullail di tanah perkuburan tersebut.tak sangka,Atuk turut bersemadi kat situ.

Abah kata lagi,Allah jemput Atuk dengan mudah sekali.tak perlu sakit yang teruk.jangan lupa doakan kesejahteraan Atuk di sana.

Kali terakhir saya jumpa Atuk,beberapa hari sebelum ke KLIA  dari Ipoh 2 tahun yang lepas.dah tak ada rezeki lagi dah nak jumpa Atuk lepas ni.Moga ruh Atuk sentiasa dirahmati Allah,dan ditempatkan bersama para solihin.Amin~

kubur

Al-baqa’ ilallah.

warna-warni PMPI ‘09

Posted in Diari, ISMA Mesir, Mesir on Julai 16, 2009 by Munawwar

egypt_map

Marsa Matruh

Terletak 290 km ke arah Barat Iskandariah,yang mana jaraknya dari Kaherah adalah sejauh 524 km.ianya terdampar di tebing Mediterranean dan dikenali dengan persisiran pantai sepanjang 7 km,di mana para pengunjung mengklasifikasikannya antara pantai tercantik di dunia.

Pantainya terkenal dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang tenang serta jernih,juga bangunan batu-bata sebagai pemecah ombak semulajadi yang menjadikannya lebih mempesonakan.

Antara tempat2 menarik :-

1. Pantai Ageeba

terletak 28 km di sebelah Barat Marsa Matruh.Ianya diindahkan dengan pemandangan yang cukup menarik di tambah dengan batu2 yang unik di sekelilingnya.

DSCN0052

2. Pantai Al-Abyad

Terletak 20 km di sebelah Barat Marsa Matruh.terkenal dengan pasir pantai yang putih (Al-Abyad) dan halus yang mampu menawan para pengunjung.

DSCN0323

3. Hamam Cleopatra

Bangunan batu-bata yang terletak di persisiran pantai.

DSCN0304

(gambar ini mendapat tempat ke-3,pertandingan fotografi kategori gambar pemandangan)

*****

Sejarah

1. Sejak zaman pemerintahan Firaun lagi,padang pasir di bahagian barat dan lembahnya di bahagian utara telah menarik perhatian orang2 Mesir di wadi Nil dan juga perhatian dunia seluruhnya. kesan2 sejarah yang terdapat di pelbagai tempat sepanjang lembah barat menjadi saksi bagi perkara tersebut.di Siwa,terdapat Kuil Amon dan Kuil Ramsis kedua di kampung (Ummu Rokhm) yang dibina pada zaman keluarga Firaun ke-26.

2. Iskandar Akbar telah berjalan menuju ke Siwa untuk menyatakan kesetiaannya terhadap tuhan Amon,tuhan penduduk Mesir.ia bertujuan mendapat keredhaan penduduk Mesir terhadap pemeritahannya.lalu dia pun berhenti di Bandar Marsa Matruh yang sekarang dan mengarahkan supaya dibina bandar di situ.pembinaan pun dimulakan lalu dinamakan sepanjang zaman pemerintahannya (Amonia) sebagai sandaran kepada tuhan Amon.kemudian,pada zaman “Albatolimah” dengan nama (Paratunium) kemudian dengan nama (Marsa Matruh).

3. Wilayah lembah barat laut merupakan satu kebun pada zaman Greek dan Rom.gedung2 dan parit2 Rom yang wujud hingga sekarang digunakan untuk menempatkan air minuman.

4. Marsa Matruh telah menyaksikan satu fasa daripada kisah cinta Cleopatra dan Mark Antonio.Cleopatra telah membina sebuah istana yang ditemui bersebelahan dengan “Hammam”nya yang masyhur yang berhampiran dengan bandar Marsa Matruh.

5. Tentera umat Islam pernah berjalan (selepas Islam membuka Afrika) dari Morocco ke Sepanyol dan selatan Eropah untuk menyebarkan cahaya Islam melalui wilayah ini.

6. Perang dunia paling sengit pernah berlaku di atas pasir2 Negeri Matruh,iaitu perang Alamain yang menentukan pengakhiran peperangan.

7. Negeri Matruh merupakan pintu gerbang negara Mesir dari Morocco dan merupakan penghubung diantara Morocco dan Asia.juga merupakan tempat persinggahan bagi orang yang melintasi dari timur dan barat.

******

Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir

(PMPI ‘09)

| Warnai Hidupmu Dalam Ikatan Persaudaraan |

Jumaat malam- 3 Julai ‘09

Kali ni,3 buah bas akan membawa kami ke Marsa Matruh.sekitar 100 lebih bilangan peserta dan AJK sudah mula menampakkan muka di lapangan bersebelahan Pejabat ISMA-Mesir,hayyu ‘asyir jam 9.00 malam.kami akan bertolak pada malam hari,dan dijadual sampai Marsa Matruh keesokan paginya.

awal2 lagi,kami para peserta sudah dibahagikan kepada 10 kumpulan:

( Riang | Gembira | Harmoni | Mesra | Ceria | Ramah | Santun | Sopan | Senyum | Budiman )

best kan nama kumpulan kali ni?

saya ditempatkan dalam kumpulan RAMAH bersama 8 ikhwah yang lain.

+ Ust Mizi (ketua kumpulan) – Syariah Islamiah,Tanta

+ Ust Rifai’e – Syariah Islamiah,Dumyat

+ Ust Husain – Qiraat,Syoubra

+ Ust Hanif – Qiraat,Syoubra

+ Ust Munawwar – Syariah Islamiah,Tanta

+ Dr Syafiq – Perubatan, Cairo University

+ Dr Nasya – Perubatan, Cairo University

+ Dr Rusydi Ali – Perubatan, Cairo University

+ Dr Anas Yusoh – Perubatan,Al-Azhar Kaherah

DSCN0051

-sebelum bertolak-

Dengan bertemakan baju warna biru untuk aktiviti2 sepanjang program,dan riben kumpulan warna coklat,Alhamdulillah kumpulan RAMAH dapat melalui semuanya dengan baik.

sangat banyak kenangan bersama kawan2 dalam kumpulan ini.walaupun ada yang di antara kami baru pertama kali berjumpa.4 malam,4 hari kami bersama.

masak,makan,berbincang,kongsi pendapat,melompat,tahajjud,gelak,ketawa,tazkirah,aktiviti indoor,outdoor,BBQ,kalah menang semuanya bersama.memang banyak kalau nak senarai semua.

DSCN0082

-di Ageeba-

(gambar ini antara 10 terbaik pertandingan fotografi kategori gambar ceria)

untuk keseluruhan,Kumpulan RAMAH ditempat ke-6.mungkin antara kami ada yang sedikit kecewa.tapi takpe,apa yang penting menang hadaf.seperti motto kumpulan kami “Menang kalah tak penting,yang penting capai hadaf”.

walaupun ditempat ke-6,saya tetap bangga dengan kumpulan RAMAH.dalam banyak2 pertandingan,kami berjaya menjuarai beberapa aktiviti,

- Bola Jaring Air(sama je macam polo air) walaupun beberapa kali tertelan air masin.

- Kuiz indoor,walaupun awal2nye kumpulan kami macam dah nak kalah.tapi pada pengakhiran kuiz,kumpulan RAMAH satu2nya kumpulan yang menang pertaruhan.

- Pentas Budaya.kami digandingkan bersama kumpulan SANTUN mempersembahkan sebuah teater “Superhero” ilham Dr Anas Yusoh, dan sebuah nasyid yang dicipta khas salah seorang ahli kumpulan SANTUN.siapa lagi kalau bukan Muawwidz.sangat enjoy~

.

.

.

PMPI ‘09 lebih santai berbanding tahun lepas.kali ini lebih banyak berjalan.Marsa Matruh memang tersangat tenang dan cantik.sejak dari Malaysia lagi saya menyimpan hasrat untuk ke sini selepas mendengar cerita dari ex-Ikhwah Mesir.Syukur diberi izin oleh-NYA untuk menjejakkan kaki ke sini.

cuma satu je agak terkilan..saya tak sempat untuk berkunjung ke Suq Libya” (Pasar Libya)…tersangat jeles bila tengok ikhwah2 lain memborong kurma badam dgn kurma cokelat,baju2 yang smart dari pasar ini..huuuu~mudah2an ade rezeki lagi lepas ni untuk bertandang sekali lagi ke Marsa Matruh,InsyaAllah.

Kalau saya rajin,InsyaAllah akan diupload lagi gambar2 sepanjang PMPI ‘09 di entri yang lain untuk dikongsi bersama.sekarang masih dalam proses mengumpul gambar.

IMG_8087

(siapa hebat,cuba kira kami di dalam  gambar ni berapa orang?)

.

.

.

~ Ada banyak cara untuk mengabadikan kenangan di sesuatu tempat,

kami memilih untuk berukhuwwah ~

| Marsa Matruh 3 – 7 Julai 2009 |

habis.

+Wallahua’lam+